Sabtu, 17 Ogos 2002

Borang Kerosakan Bekaitan ICT

Hubungi kami


Untuk tujuan pertanyaan dan sebarang komen, sila emailkan kepada admin@kusess.edu.my atau dengan cara menelefon nombor dibawah:

Telefon: 03-3289 1868 atau 03 - 3289 3052
Faksimili: 03-3289 6631

Alamat:
SM Sains Kuala Selangor
Bandar Malawati
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

Webmaster: En. Ibrahim Bin Kadri, En. Radin Fuad Bin Radin Baidawi, En. Mohamad Hanafi Bin Abdullah dan Cik Shylaja William

Agenda KUSESS

Aktiviti, acara dan agenda SM Sains Kuala Selangor dapat dilihat disini bagi rujukan Ibubapa mahupun warga KUSESS. Pihak webmaster akan sentiasa memastikan takwim ini sentiasa dikemaskinikan.

Mengenai Laman Web Kusess

Laman web Kusess dihoskan di blogspot. Sebelum ini laman web Kusess dihoskan oleh syarikat swasta yang berbayar iaitu dengan kapasiti 10GB menggunakan server linux. CMS yang digunakan ialah Drupal 6. Disebabkan kesukaran untuk mengemaskini disamping kapasitinya terhad maka pada tahun 2009, laman web kusess telah dialihkan ke blogspot.com. Domain kusess.edu.my telah di guna sejak 2006 dan domain tersebut masih lagi digunakan sehingga kehari ini serta domain forwarding dilakukan untuk pelawat terus dapat mencapai ke blogspot ini.

Blogspot dipilih adalah kerana:
  • Boleh menerima custom domain tidak seperti wordpress yang berbayar.
  • Mudah dikemaskinikan dan sesuai untuk sekolah yang sering mengemaskinikan aktivitinya.
  • Tiada tempoh tamat.
  • Boleh menambahkan gadget
  • Percuma
Disamping hosting percuma, kami juga telah mengaplikasikan Google Apps bagi tujuan komunikasi dan kolaborasi dikalangan warga Kusess dengan menggunakan domain yang sama iaitu kusess.edu.my.

Peta ke Kusess

Untuk menuju ke SM Sains Kuala Selangor, anda boleh setkan GPS anda ke koordinat N3 19.350 E101 15.466 atau menggunakan peta Google Map dibawah:


View Larger Map

Jumaat, 16 Ogos 2002

Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor atau singkatannya KUSESS adalah Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Nama singkatan KUSESS adalah berasal dari nama sekolah dalam bahasa Inggeris  iaitu Kuala Selangor Science Secondary School.

KUSESS dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-6. Kerja-kerja awal pembinaan sekolah ini bermula pada 28hb. April 1994 dan siap pada tahun 1996. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah menengah sains di negeri Selangor.

Sekolah ini terletak di Bandar Baru Malawati, Daerah Kuala Selangor, iaitu kira-kira 70 km daripada bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan sekolah ini ialah 11.28 hektar atau bersamaan dengan 27.67 ekar.

Pengetua pertama yang diamanahkan untuk menerajui KUSESS adalah Tuan Haji Khamis bin Maarof. Pelajar-pelajar perintis KUSESS ini dipilih dari seluruh Malaysia yang mempunyai keputusan cemerlang (4A) dalam UPSR. Pada tahun 1996, seramai 210 orang pelajar tingkatan 1 ditempatkan dalam kelas dan mereka memulakan persekolahan pada 8hb September 1996. Pada tahun tersebut tenaga pendidiknya seramai 19 orang.

Pada 1997, bilangan pelajar dan pendidik semakin bertambah apabila pelajar tingkatan empat  mendaftar. Bilangan pelajar tingkatan satu seramai 187 orang, manakala pelajar tingkatan 4 seramai 165 orang dan seramai 53 orang guru. Pada tahun tersebut juga merupakan tahun yang penuh bermakna bagi seluruh warga KUSESS kerana KUSESS telah dirasmikan olah Pemangku Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Sri Anwar Ibrahim pada 27 Mei 1997.

Pada tahun 1998, KUSESS sekali lagi mencatatkan sejarah kerana semua tingkatan telah diisi dengan pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 apabila seramai 145 pelajar tingkatan 1 dan 103 pelajar tingkatan 4 melapor diri. Selaras dengan pertambahan bilangan pelajar,maka bilangan tenaga pendidik juga meningkat menjadi 65 orang.

Setakat ini KUSESS telah ditadbir oleh 5 orang Pengetua, iaitu bermula dengan Tuan Haji Khamis bin Maarof, diikuti dengan Tuan Haji Ariffin bin Abdul Rahman, Puan Rosida binti Md Zin, Puan Che Kamaliah binti Endut, Puan Hajah Rossminah binti Yamin (A.M.N) dan Doktor Hajah Rosnah binti Selamat, iaitu Pengetua terkini.

Kini, KUSESS mempunyai seramai 785 orang pelajar, 66 orang guru, dan 22 orang staf sokongan. Pelajar ditempatkan di dalam 27 buah kelas iaitu 15 kelas menengah rendah dan 12 kelas menengah atas. KUSESS juga mempunyai seramai 10 orang guru cemerlang yang akan memastikan kecemerlangan pelajar setiap tahun.

KUSESS juga adalah salah sebuah sekolah dari 88 buah sekolah bestari perdana. Pengiktirafan ini bermula dari tahun 2000 sehinggalah kini dan mengekalkan status tersebut dengan mendapat 5 bintang dalam penarafan SSQS. Selain dari itu, KUSESS juga dipilih sebagai sekolah pemangkin daerah untuk memperluaskan program pembestarian sekolah di negeri Selangor. Pelbagai aktiviti pembestarian dijalankan dan ini bukan sahaja membantu tugas guru dengan lebih efisien bahkan juga dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran dan seterusnya berkemahiran dalam ICT.

Pada 28hb Mei 2011, KUSESS juga telah diiktiraf sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Ini adalah berdasarkan pencapaian sekolah yang sangat membanggakan terutamanya dalam bidang akademik dimana sekolah telah mendapat skor komposit 92.46 pada tahun 2010 dan 90.75 pada tahun 2011 meletakkan KUSESS di tangga ke 14 dari 2248 buah sekolah menengah seluruh Malaysia seterusnya melayakkan sekolah untuk dipilih sebagai sekolah SBT.

Senarai Staf KUSESS dan E-mail


ALIAS BIN BAHAROM [ alias@kusess.edu.my ]
HARUN BIN AHMAD [ harun@kusess.edu.my ]
NOR HASNIZA BINTI HARUN [ hasniza@kusess.edu.my ]
NORHIDAYU BINTI AMER [ norhidayu@kusess.edu.my ]
NOR HASNALIZA BINTI MISWAN [ hasnaliza@kusess.edu.my ]
NUREHA BINTI SABRI [ nureha@kusess.edu.my ]
SITI HALIZAH BINTI JURANI [ halizah@kusess.edu.my ]
SITI NORA BINTI SYED ABDULLAH [ sitinora@kusess.edu.my ]
NORIZAN BINTI DAUD [ norizan@kusess.edu.my ]
SHAMSUDDIN BIN JAAFAR [ shamsuddin@kusess.edu.my ]
MOHAMAD HANAFI BIN ABDULLAH [ hanafi@kusess.edu.my ]
SA'DIAH BINTI OTHMAN [ sadiah@kusess.edu.my ]
LATIFAH BINTI HUSRAN [ latifah@kusess.edu.my ]
AZIZAH BINTI JOHARI [ azizah@kusess.edu.my ]
ZAINOM BINTI MD NOH [ zainom@kusess.edu.my ]
FAHRULZAMAN BIN ASPANI [ fahrulzaman@kusess.edu.my ]
MOHD HANIF BIN AB RAHMAN [ hanif@kusess.edu.my ]
NURUL AZMI BIN KAILAN [ nurulazmi@kusess.edu.my ]
MOHAMAD ZAHARUDDIN BIN AHMAD REDUAN [ zaharuddin@kusess.edu.my ]
MOHAMMAD BIN ABDUL RAZAK [ mohammad@kusess.edu.my ]
RUMZI BIN MIRIN [ rumzi@kusess.edu.my ]


Post have been updated on 8 March 2010 at 14:31 (GMT+8)

Lagu Rasmi Sekolah


LAGU RASMI SEKOLAH
SM SAINS KUALA SELANGOR
Berilmu beramal berbakti
Itulah pegangan sekolah kami
Kebanggaan putra putri sejati
Harapan ibu pertiwi

Bersumpah taat dan setia
Kepada agama, bangsa dan negara
Bersama mendukung cita-cita mulia
Semoga cemerlang sentiasa

## Kami berdoa kepada yang esa
Diiring restu ayah dan bonda
Dengan bimbingan guru yang tercinta
Doakan kami terus berjaya

### SMS Kuala Selangor
Pusat ilmu idaman kita
Bagai permata indah bersinar
Untuk mencapai wawasan negara

LIRIK GURU-GURU SMSKS 1996
CIPTAAN EN RAMLAN HARUN

Falsafah, Visi dan Misi

FALSAFAH SMSKS

Disinilah Lahirnya Pemimpin Yang Bertaraf Antarabangsa Dengan Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh Dan Fatanah.

VISI SMSKS

Ke Arah Melestarikan KUSESS Terbilang Di Peringkat Antarabangsa
Menjelang 2020

MISI SMSKS

  • Memastikan KUSESS sentiasa terbilang dalam semua aspek,
  • Memastikan warga sekolah berminda kelas pertama,
  • Melahirkan warga KUSESS sebagai pemimpin bertaraf dunia.
(dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah)
  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dab berbudaya tinggi
  • Melaksanakan pengurusan sekolah dengan efektif dan responsive.
VISI AKADEMIK

SMSKS Antara Lapan Buah Sekolah Terbaik Di Malaysia Menjelang 2020

MISI AKADEMIK

·         Memastikan pencapaian PKS, PT3 dan SPM mencapai standard yang ditetapkan oleh BPSBP dan SBT.
·         Mengurus dan mentadbir program akademik secara terancang dan berfokus dengan menyediakan kemudahan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
·         Mewujudkan hubungan yang baik dengan agensi luar bagi memastikan kecemerlangan SMSKS dalam bidang akademik.
·         Melaksanakan aktiviti / program / projek kecemerlangan akademik dengan penuh komitmen.
·         Mewujudkan Sistem Pengurusan Kurikulum yang cekap, berkesan dan sistematik.

SLOGAN AKADEMIK
KUSESS NUMBER ONE

VISI HAL EHWAL MURID

Melahirkan Pemimpin Bertaraf Antarabangsa

MISI HAL EHWAL MURID

  • Menentukan iklim dan prasarana asrama yang kondusif.
  • Memastikan setiap pelajar mengamalkan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah ke arah mencapai disiplin sifar.
  • Melaksanakan bimbingan dan kaunseling yang efektif.
  • Menjadikan sistem rumah sebagai asas pembentukan sahsiah pelajar.
  • Memastikan setiap pelajar memiliki kualiti 6Q.(Intelligent Quotient, Emotional Quotient, Spiritual Quotient, Social Quotient, Rational Quotient,Attitudinal Quotient)
MATLAMAT

Melahirkan pemimpin berminda kelas pertama

SLOGAN

KITA PEMIMPIN

VISI KOKURIKULUM

Ke Arah Menjadikan KUSESS Juara Dalam Semua Bidang Kokurikulum


MISI KOKURIKULUM

  • Membimbing warga supaya sentiasa beriltizam dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang kokurikulum.
  • Memastikan Warga SMSKS berdisiplin tinggi.
  • Mewujudkan hubungan yang baik dan efektif dengan PIBG, masyarakat dan agensi lain.
  • Mewujudkan prasarana kokurikulum yang kondusif dan efektif.

MATLAMAT

Menjadikan KUSESS sebagai sekolah juara dalam bidang kokurikulum

SLOGAN

GO FOR GOLD

Khamis, 8 Ogos 2002

Pentadbir SM Sains Kuala Selangor


PENGETUA CEMERLANG
DR. HAJAH ROSNAH BINTI SELAMAT


PENOLONG KANAN
HAJI KAMARULARIPIN BIN JAFFAR


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
MUKHARITA BIN SHAHAROM


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
HUSNI BIN AHMAD DAHLAN


KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL
ABDUL RAOF BIN MOHD DAUD


KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
MOHD FAIROL ANUAR BIN HASSAN


HAJI AZANI BIN MASRI
KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK


KETUA BIDANG BAHASA
NORMIDZA BINTI MD KAMIL