Sabtu, 17 Ogos 2002

Mengenai Laman Web Kusess

Laman web Kusess dihoskan di blogspot. Sebelum ini laman web Kusess dihoskan oleh syarikat swasta yang berbayar iaitu dengan kapasiti 10GB menggunakan server linux. CMS yang digunakan ialah Drupal 6. Disebabkan kesukaran untuk mengemaskini disamping kapasitinya terhad maka pada tahun 2009, laman web kusess telah dialihkan ke blogspot.com. Domain kusess.edu.my telah di guna sejak 2006 dan domain tersebut masih lagi digunakan sehingga kehari ini serta domain forwarding dilakukan untuk pelawat terus dapat mencapai ke blogspot ini.

Blogspot dipilih adalah kerana:
  • Boleh menerima custom domain tidak seperti wordpress yang berbayar.
  • Mudah dikemaskinikan dan sesuai untuk sekolah yang sering mengemaskinikan aktivitinya.
  • Tiada tempoh tamat.
  • Boleh menambahkan gadget
  • Percuma
Disamping hosting percuma, kami juga telah mengaplikasikan Google Apps bagi tujuan komunikasi dan kolaborasi dikalangan warga Kusess dengan menggunakan domain yang sama iaitu kusess.edu.my.

Tiada ulasan: