Misi, Visi dan Falsafah

FALSAFAH, VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

FALSAFAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. 

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera 

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

FALSAFAH, VISI DAN MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH 

FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH 
Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembang kebolehan murid-murid yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara. 

VISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH 
Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia 

MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH 
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu

FALSAFAH, VISI, MISI DAN SLOGAN SM SAINS KUALA SELANGOR 

FALSAFAH SM SAINS KUALA SELANGOR 
Disinilah Lahirnya Pemimpin Yang Bertaraf Antarabangsa Dengan Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh Dan Fatanah. 

VISI SM SAINS KUALA SELANGOR 
Melestarikan KUSESS Terbilang Di Peringkat Antarabangsa 

MISI SM SAINS KUALA SELANGOR 
• Memastikan KUSESS sentiasa terbilang dalam semua aspek. 
• Memastikan warga sekolah berminda kelas pertama. 
• Melahirkan warga KUSESS sebagai pemimpin bertaraf dunia. (dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah) 
• Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan berbudaya tinggi 
• Melaksanakan pengurusan sekolah dengan efektif dan responsif. 

MOTO SM SAINS KUALA SELANGOR 
BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI 

SLOGAN KORPORAT SM SAINS KUALA SELANGOR 
EMPOWERING EXCELLENCE 

VISI, MISI, SLOGAN AKADEMIK 

VISI AKADEMIK SMSKS 
Antara Sepuluh Sekolah Terbaik di Malaysia 

MISI AKADEMIK 
• Memastikan pencapaian PKS, PT3 dan SPM mencapai standard yang ditetapkan oleh BPSBP. 
• Mengurus dan mentadbir program akademik secara terancang dan berfokus dengan menyediakan kemudahan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 
• Mewujudkan hubungan yang baik dengan agensi luar bagi memastikan kecemerlangan SMSKS dalam bidang akademik. 
• Melaksanakan aktiviti / program / projek kecemerlangan akademik berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan penuh komitmen. 
• Mewujudkan Sistem Pengurusan Kurikulum yang cekap, berkesan dan sistematik. 

SLOGAN AKADEMIK 
KUSESS NUMBER ONE

VISI, MISI, MATLAMAT, SLOGAN HAL EHWAL MURID 

VISI HAL EHWAL MURID 
Melahirkan Pemimpin Pelapis Negara 

MISI HAL EHWAL MURID 
• Menentukan iklim dan prasarana asrama yang kondusif. 
• Memastikan setiap pelajar mengamalkan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ke arah mencapai disiplin sifar. 
• Melaksanakan bimbingan dan kaunseling yang efektif. 
• Menjadikan sistem rumah sebagai asas pembentukan sahsiah pelajar. 
• Memastikan setiap pelajar membudayakan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan memiliki kualiti 6Q (Intelligent Quotient, Emotional Quotient, Spiritual Quotient, Social Quotient, Rational Quotient, Attitudinal Quotient). 

MATLAMAT HAL EHWAL MURID 
Melahirkan Pemimpin Berminda Kelas Pertama 

SLOGAN HAL EHWAL MURID 
Kita Memimpin 

VISI, MISI, MATLAMAT, DAN SLOGAN KOKURIKUM 

VISI KOKURIKULUM 
Merealisasikan KUSESS Juara Dalam Semua Bidang Kokurikulum 

MISI KOKURIKULUM 
• Membimbing warga supaya sentiasa beriltizam dan mempunyai semangat juang yang tinggi dan membudayakan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang kokurikulum. 
• Memastikan Warga SMSKS berdisiplin tinggi. 
• Mewujudkan hubungan yang baik dan efektif dengan PIBG, masyarakat dan agensi lain. 
• Mewujudkan prasarana kokurikulum yang kondusif dan efektif. 

MATLAMAT KOKURIKULUM 
Menjadikan KUSESS sebagai sekolah juara dalam bidang kokurikulum. 

SLOGAN KOKURIKULUM 
GO FOR GOLD