Khamis, 25 Ogos 2011
LAWATAN PENANDA ARASAN
Seramai 9 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram, empat orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun dan 12 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong telah datang melawat Kusess. Ini adalah kali kedua lawatan yang diadakan oleh Sk Jeram dan SMK Seri Tanjong ke Kusess.
Khamis, 18 Ogos 2011
LAWATAN PENANDA ARASAN SMK RAJA MUDA MUSA DAN GURU SJK(C) DAERAH KUALA SELANGOR
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa dan Guru-guru Besar SJK(C) Daerah Kuala Selangor pernah datang melawat SM Sains Kuala Selangor pada 11/08/2011. Kali ini SMK Raja Muda Musa diwakili oleh bakal guru-guru cemerlang dari sekolah tersebut. Manakala Guru-guru Besar SJK(C) Daerah Kuala Selangor pula hadir bersama dengan Penolong Kanan dan guru-guru dari sekolah masing-masing.
Khamis, 11 Ogos 2011
LAWATAN PENANDA ARASAN SMK SERI TANJONG, SMK RAJA MUDA MUSA DAN MAJLIS GURU-GURU BESAR SJK(C) DAERAH KUALA SELANGOR
Seramai 13 orang guru dari SMK Seri Tanjong, 10 orang guru dari SMK Raja Muda Musa dan 12 orang guru besar dari Majlis Guru-Guru Besar SJK(C) Daerah Kuala Selangor telah datang ke Kusess pada hari ini. Terima kasih kerana sudi melawat sekolah kami.
Rabu, 3 Ogos 2011
Pertandingan Mencipta Video Merdeka SKMM (Hadiah RM 5000.00)
Untuk makluman, SKMM akan menganjurkan sebuah pertandingan mencipta video untuk para pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos/September 2011. Maklumat ringkas mengenai pertandingan adalah seperti berikut:
- Tempat pertama = RM5,000 + 4 x Ipad2, piala dan sijil penyertaan
- Tempat kedua = RM3,000 + 4 x iPhone4, piala dan sijil penyertaan
- Tempat ketiga = RM2,000 + 4 x kamera digital, piala dan sijil penyertaan
- Hadiah Saguhati = RM 500 + sijil penyertaan x 7 kumpulan
Pertandingan ini akan bermula pada 1 Ogos 2011 dan berakhir pada 7 September 2011. Majlis penyampaian hadiah dijangka akan diadakan pada 23 September 2011 dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Mohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah di dalam kawasan Tuan/Puan mengenai pertandingan ini.
Bersama ini disertakan maklumat terperinci untuk rujukan Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan bolehlah berhubung terus dengan :-
SEKRETARIAT
PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MERDEKA
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-8688 8424
Faks : 03–8688 1006
Emel : videomerdeka@cmc.gov.my
Web : http://www.skmm.gov.my