Rabu, 3 Ogos 2011

Pertandingan Mencipta Video Merdeka SKMM (Hadiah RM 5000.00)

Untuk makluman, SKMM akan menganjurkan sebuah pertandingan mencipta video untuk para pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos/September 2011. Maklumat ringkas mengenai pertandingan adalah seperti berikut:


Tema : ICT dan Kemerdekaan
Tajuk : Pertandingan Mencipta Video Merdeka
Tarikh mula : 1 Ogos 2011
Tarikh Tutup : 7 September 2011
Durasi : 3-5 Minit

Hadiah :
  1. Tempat pertama = RM5,000 + 4 x Ipad2, piala dan sijil penyertaan
  2. Tempat kedua = RM3,000 + 4 x iPhone4, piala dan sijil penyertaan
  3. Tempat ketiga = RM2,000 + 4 x kamera digital, piala dan sijil penyertaan
  4. Hadiah Saguhati = RM 500 + sijil penyertaan x 7 kumpulan

Pertandingan ini akan bermula pada 1 Ogos 2011 dan berakhir pada 7 September 2011. Majlis penyampaian hadiah dijangka akan diadakan pada 23 September 2011 dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Mohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah di dalam kawasan Tuan/Puan mengenai pertandingan ini.

Bersama ini disertakan maklumat terperinci untuk rujukan Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan bolehlah berhubung terus dengan :-

SEKRETARIAT

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MERDEKA

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-8688 8424

Faks : 03–8688 1006

Emel : videomerdeka@cmc.gov.my

Web : http://www.skmm.gov.my

Tiada ulasan: