Jumaat, 30 Oktober 2009

Kusess Juara Lagi.....

Satu berita gembira telah diumumkan oleh Bonda Pengetua dalam perhimpunan pagi yang mana Kusess telah berjaya mengekalkan tempat pertama di dalam pertandingan surau sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Selangor.
Kejayaan kali ini merupakan kali keempat Kusess menjadi juara dalam pertandingan yang telah dijalankan dan Bonda Pengetua mengucapkan tahniah serta ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kusess yang telah bekerjasama demi mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga dengan kejayaan ini Kusess akan beroleh lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
KUSESS NO. 1

Saksikan video pertandingan di bawah.


Ahad, 25 Oktober 2009

Sabtu, 24 Oktober 2009

Ucapan Perpisahan Oleh Ust Nordin bin Mohd Tohir


Ust Nordin meninggalkan KUSESS diatas kenaikan pangkat sebagai PK HEM Sekolah Alam Shah Putrajaya. Semoga ucapan terakhir Ustaz menjadi peringatan dan kenangan pada warga KUSESS. Tahniah kepada Uztaz.

Ucapan Perpisahan Oleh En Shamsul Nizam bin Kachi Mohideen

Jumaat, 23 Oktober 2009

Khamis, 22 Oktober 2009

Tarikh baru Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan

Tarikh baru Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan ialah pada:
8 November 2008

Semua pelajar tingakatan 5 yang memperoleh anugerah, sila isikan borang online untuk tujuan Jawatankuasa Hari Anugerah membuat persediaan. Pelajar yang terlibat sila isikan borang online dibawah selewat-lewatnya sebelum atau pada 29 Oktober 2009.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun T1,T2 dan T4



Untuk Muatturun sila klik disini.

Selasa, 20 Oktober 2009

Salahguna Cuti Sakit

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca bertajuk “Salah Guna Cuti Sakit” oleh Kakitangan Lama, Putrajaya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 6 Oktober 2009.

Peraturan mengenai kemudahan Cuti Sakit diperuntukkan di bawah Perintah Am 15 Bab ‘C’ yang menjelaskan bahawa Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang telah disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya oleh seorang Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor. Pengesahan tidak sihat ini hendaklah dibuat di atas sijil sakit.

Di bawah peruntukan Perintah Am yang sama juga, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menerima mengikut budi bicaranya sendiri sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan terhad kepada tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.

Penentuan seseorang pegawai itu tidak sihat untuk menjalankan tugasnya adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Perubatan atau doktor swasta mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis Perubatan Malaysia. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan boleh meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang dapat membuktikan bahawa dirinya tidak sihat untuk bertugas dengan mengemukakan sijil sakit dari Pegawai Perubatan atau doktor swasta.

Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai jika Ketua Jabatan mendapati sijil sakit yang dikemukakan itu diperolehi dengan cara yang tidak sepatutnya. Contohnya, pegawai membeli sijil sakit atau mengubah tarikh yang telah dinyatakan di dalam sijil sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan atau doktor swasta.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
19 Oktober 2009
[sumber: Laman web JPA]

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2006

Memo dalaman 3/2009

Isnin, 19 Oktober 2009

Majlis perpisahan Ustaz Nordin dan En Shamsul Nizam



Berita lanjut akan dimasukkan oleh En Radin Fuad

Latihan amali Pendidikan Islam tingkatan 4


Rugi rasanya jika gambar-gambar ini tidak dikongsikan kepada pengunjung laman web kusess.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Majlis Sambutan Hari Raya KUSESS 2009



Terima kasih kepada yang sudi hadir. Majlis ini sungguh meriah dan warna warni sekali serta disambut dengan penuh kesederhanaan. Semoga ianya memberi erti dan mengeratkan sesama warga KUSESS serta ibubapa. "Tangan dihulur..maaf dipinta. Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin".

Happy Deepavali


Diucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua pelajar dan Ibubapa beragama Hindu. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua. Selaras dengan makna Deepavali @ Diwali itu sendiri: kehadiran cahaya kebaikan menewaskan kuasa kejahatan.

Raikanlah perayaan ini dengan kesederhanaan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjung di antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.

Khamis, 15 Oktober 2009

Agenda Hari Ini

  1. Program penyembelihan oleh para pelajar tingkatan 4.
  2. Solat hajat untuk para pelajar yang akan menduduki SPM 2009.
  3. Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri warga Kusess.

Majlis bermula jam 9 pagi dengan acara penyembelihan dan masak-memasak. Ibubapa pelajar tingkatan 5 dijemput untuk hadir ke sekolah jam 6 petang untuk Majlis Solat Hajat. Ibubapa pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4 dijemput untuk menghadiri majlis jamuan Hari Raya pada jam 9 malam dan seterusnya boleh membawa pelajar balik bermalam sejurus selepas majlis selesai. Ibubapa yang tidak dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut boleh mengambil pelajar balik bermalam pada pagi Jumaat. Pelajar dikehendaki balik ke asrama pada hari Ahad 18 Oktober sebelum pukul 6 petang.




Berita & gambar-gambar selanjutnya akan dimuat naik kemudian.....

Rabu, 14 Oktober 2009

Tahniah En. Mohd Fairol Anuar......

Baru sebentar tadi Pn. Pengetua mengumumkan kenaikan pangkat En. Mohd Fairol Anuar sebagai Ketua Bidang Kemanusian menggantikan Pn. Aridah yang telah menjadi Guru Cemerlang Sejarah. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan semoga maju jaya.......

Selasa, 13 Oktober 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan

Tajuk: Pembinaan Bahan P&P Berasaskan Komputer & Internet
Tarikh : 13 Okt 2009
Hari : Selasa
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Fasilitator :
1. Pn. Nurul Uyun binti Abdullah
2. En. Ibrahim bin Kadri
3. En. Radin Fuad bin Radin Baidawi

Isnin, 12 Oktober 2009

Guru KUSESS kini mempunyai blog

Site update:
  1. Menambahkan link jadual waktu kelas ke laman web.
  2. Kemaskini sesawang KUSESS dengan menambahkan URL untuk blog guru-guru KUSESS.
  3. Documents viewer ditambah pada menu pengurusan web kusess.
  4. Documents attachment ditambah pada menu pengurusan web.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2009

Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bilik Seri Bayu SM Sains Kuala Selangor

Aturcara:
7.30 pagi - 8.00 pagi > Pendaftaran & sarapan pagi
8.00 pagi - 11.00 pagi > Pembinaan bahan pengajaran & pembelajaran berasaskan komputer dan internet
11.00 pagi - 11.30 pagi > Rehat
11.30 pagi - 2.00 petang > Sambungan pembinaan bahan pengajaran & pembelajaran berasaskan komputer dan internet

Khamis, 8 Oktober 2009

Rabu, 7 Oktober 2009

Semoga kejayaan mengiringimu


Taklimat PMR oleh En Hasan Abrar pada 6 Oktober 2009


Hari ini bermulalah detik bersejarah yang mendebarkan seluruh pelajar tingkatan 3 iaitu Penilaian Menengah Rendah PMR. Tepat jam 8 pagi pintu Dewan Prima menerima masuk pelajar yang mengambil peperiksaan Bahasa Melayu PMR. Pelajar diiringi oleh Ibubapa yang turut sama memberi semangat dan restu. Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir dan sumbangan yang diberikan.

Selasa, 6 Oktober 2009

Surat Jemputan Majlis Graduasi dan Penganugerahan Kecemerlangan 2009

Untuk makluman pelajar dan ibu bapa, surat jemputan untuk menghadiri Majlis telah diposkan oleh AJK jemputan. Sila maklumkan/email pihak sekolah berkenaan dengan penerimaan dan kehadiran majlis tersebut. Majlis dijangka akan diadakan pada 24 Oktober 2009 jam 9 pagi.

Pelajar yang mengambil anugerah diminta untuk mengisikan borang maklumbalas online di bawah atau klik pada link dibawah ini.
https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dDlkVkNmTDhOWHhDdVpNdmY1V1lRWEE6MA

Tahniah kerana Kenaikan Pangkat

Warga KUSESS menerima berita bahawa Ust Nordin telah dinaikkan pangkat menjadi PK HEM Sekolah Alam Shah. Warga KUSESS mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nordin dan terima kasih diatas sumbangan terhadap pihak sekolah.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Majlis solat hajat dan Restu Ilmu

Terima kasih kepada Ibubapa yang sudi hadir di majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu yang diadakan di Surau Al-Arif bagi pelajar PMR dan SPM 2009. Satu lagi solat hajat khas untuk pelajar SPM akan diadakan dalam masa terdekat. Bersamalah kita doakan kejayaan anak-anak khasnya yang mengambil PMR hari Rabu ini. Majlis bermula pada jam 6.20PM [makan malam] dan berakhir kira-kira jam 9.30PM.

Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Dorm Kali 1 2009

Mesyuarat kali pertama ini lebih kepada perancangan berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab JK dorm [ibubapa] serta peranan ahli JK tersebut. Tujuan utama penubuhan JK dorm ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan ibubapa dan seterusnya memantapkan persatuan Ibu Bapa dan Guru KUSESS. Kehadiran dan sambutan ibubapa kali ini agak baik sekali dan diucapkan jutaan terima kasih. Majlis bermula pada jam 3 petang di Dewan Prima dan berakhir dengan jamuan ringan pada jam 5.30 petang di kantin KUSESS.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Subscribe google calendar [takwim kusess] and activate phone notification

Kepada yang telah mempunyai akaun google bolehlah melanggan takwim kusess dengan cara klik disini. Kemudian, hanya perlu aktifkan mobile notification dengan pergi ke Settings>Mobile Setup. Pilih negara dan masukkan nombor telefon mudah alih dan klik pada "Send Verification Code". Setelah menerima kode verifikasi melalui telefon, masukkan di ruangan yang disediakan dan klik save.
Anda perlu aktifkan SMS notification pada Takwim Kusess dan set notification reminder. Takwim kusess akan menghantarkan SMS jika terdapat perubahan kepada kalendar tersebut mahupun memberikan peringatan kepada event yang akan berlaku.