Jumaat, 6 November 2020

PEMULANGAN YURAN ASRAMA - COVID19

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Dato' Datin
Tuan / Puan
*PEMULANGAN YURAN ASRAMA - COVID19*
Pihak sekolah memahami kesulitan yg dihadapi namun Pembayaran Kewangan KPM perlu dipatuhi mengikut SOP Sptmana surat yg telah dimaklumkan awal tentang tatacara pemulangan yuran asrama kerana Covid-19.
Makluman kpd semua - pemulangan yuran atas nama anak kerana resit yuran atas nama anak . Maka memerlukan akaun simpanan peribadi atas nama murid/ anak tuan puan.
Pihak sekolah memohon sekali lg kerjasama ibu bapa untuk memastikan perkara tersebut dipatuhi bagi memudahkan pengurusan:
1. Pembayaran yuran asrama telah di selesaikan terlebih dahulu. RM750.00 atau RM250.00 mengikut ketetapan berdasarkan pendapatan ibubapa.
2. Akaun hendaklah di atas nama anak (Akaun komersial sahaja)
3. Akaun Tabung Haji , akaun saham, akaun tabungan,SSPN
TIDAK BOLEH digunakan.
4. Akaun bersama atau Akaun Amanah juga TIDAK BOLEH digunakan.
5. Bagi memudahkan mentor mengambil tindakan awal. Mohon tuan puan SNAP Eviden bukti:
a. Slip/ penyata/makluman atau apa2 yg berkaitan :
AKAUN PERIBADI ANAK
b. KAD PENGENALAN ANAK
dan whatsap kepada mentor. 
        Kami memahami segala kesulitan tuan puan. Namun SOP Kewangan perlu dipatuhi kerana melibatkan audit.
6. Sekiranya ada ibu bapa yang TIDAK MAHU MENUNTUT dan berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah. Maka boleh mengemukakan surat /makluman rasmi menerusi mentor bagi tindakan pihak sekolah. Jutaan terimakasih kami ucapkan.
Jutaan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan tuan puan.

Pengetua KUSESS
PK HEM
--

--
Ibrahim Bin Kadri
Penyelaras Bestari/ICT
SM Sains Kuala Selangor
Sent via http://mail.kusess.edu.my

Mobile: +60 19 3002591
http://www.kusess.edu.my
http://twitter.com/kusess

Tiada ulasan: