Isnin, 30 April 2012

KusessDrive aka googleDrive

Ciri terbaru kepada google apps for education yang telah dilaksanakan di Kusess iaitu googleDrive. Ianya adalah pengintegrasian diantara googledoc dan online storage dimana pengguna boleh menyimpan sehingga 5GB data di google cloud server iaitu peningakatan dari 1GB sebelum ini. Diharap guru mahupun pelajar menggunakan kemudahan ini kerana bukan sahaja ianya percuma bahkan juga selamat dari masalah virus dan kehilangan data. Tidak perlu lagi risau jika thumbdrive hilang, kena virus atau rosak...gunalah kusessDrive!!!



Buku Aturcara Majlis Graduasi dan Kecemerlangan ke-15

Alhamdulillah kerana majlis telah berjalan lancar. Tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menjalankan majlis tersebut. Untuk yang berminat bolehlah muatturun buku cenderamata sebagai kenangan..jumpa lagi di Hari Kecemerlangan ke-16 2013.

Buku program HAC 2012 Full.pdf Lihat Muatturun



Selasa, 24 April 2012

PEMANTAUAN NAZIR BAI'AH


Pemantauan Nazir Bai'ah pada hari ini berjalan dengan tenang.

Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar SPM 7A

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang mendapat 7A keatas akan menerima anugerah diatas kecemerlangan dalam SPM pada Majlis Graduasi dan Kecemerlangan ke-15 2012. Untuk makluman, majlis tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini iaitu pada 28 April 2012 di Dewan Prima.

Khamis, 19 April 2012

Pelan laluan merentas desa 2012

Tarikh Merentas Desa: 21 April 2012. (Sabtu)

Pelan Merentas Desa 2012.pdf Tampilkan Download

Sabtu, 14 April 2012

Jadual terkini versi 1.15

Jadual terbaru akan dilancarkan dalam masa terdekat. Guru dan pelajar boleh menyemak jadual tersebut di http://jadual.kusess.edu.my. Tarikh pelancaran akan diberitahu kemudian.

Jadual 2012 v1.15 Kelas.pdf View Download
Jadual 2012 v1.15 Guru.pdf View Download

Jumaat, 13 April 2012

PENTING: Maklumat Kehadiran Majlis Graduasi 2012

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2011, mohon maklumkan kepada Pn Junaidah, kehadiran saudara/saudari bersama dengan bilangan ibubapa/penjaga.

Berikut ialah format sms untuk Pn Junaidah dan hantar ke nombor 0196035436

Contoh:

AMIRUL HAKIM SHAMSUL 5MUTIARA HADIR IBUBAPA 2

JUNAIDAH ABDULLAH 5 BERLIAN TIDAK HADIR

Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih

Senarai nama pelajar yang menghadiri Majlis Graduasi dan Penganugerahan Kecemerlangan ke-15 2012

Di sini dilampirkan senarai nama pelajar yang menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut serta surat jawapan berkenaan kehadiran. Pelajar yang hadir diminta untuk memuatturun pdf berkenaan Peraturan dan sekiranya ibubapa atau pelajar yang ingin memberikan sumbangan atau iklan bolehlah memuatturun surat jawapan ini.

Surat Jemputan HAC 2012.pdf Tampilkan Unduh
SURAT JAWAPAN MENGHADIRI HAC 2012.pdf Tampilkan Unduh
SENARAI PENERIMA ANUGERAH HAC.pdf Tampilkan Unduh
PERATURAN MENGHADIRI MAJLIS HAC 2012.pdf Tampilkan Unduh
IKLAN DAN SUMBANGAN HAC 2012.pdf Tampilkan Unduh


Jumaat, 6 April 2012

Surat Jemputan Menghadiri Majlis Graduasi dan Kecemerlangan 2012

Majlis Graduasi dan Hari Penganugerahan Kecemelangan kali ke-15 tahun 2012 akan diadakan pada:

Tarikh: 28 April 2012
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 pg hingga 12.30 tengahhari
Tempat: Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor

Pelajar kusess diminta untuk memuat-turun peraturan dan surat jawapan dibawah untuk tindakan selanjutnya.