Isnin, 26 Mac 2012

Ekspedisi jelajah Gunung Datok oleh KRS Kusess

Tarikh: 23-24 Mac 2012
Kekuatan : 35 pelajar KRS dan 6 orang guru

*Laporan akan menyusul kemudian

Rabu, 21 Mac 2012

KEPUTUSAN SPM 2011

Hari ini keputusan SPM 2011 bakal diketahui. Guru-guru lebih merasai debaran berbanding pelajar untuk mengetahui bagaimana keputusan SPM kali ini. Kepada para pelajar tahniah dan syabas diucapkan dan jangan lupa ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru yang telah berjaya mendidik anda. Analisis keputusan akan diumumkan selepas mendapat maklumat lengkap daripada SUP Peperiksaan.

Isnin, 12 Mac 2012

MAJLIS PENUTUPAN HKSBP KALI KE -39 2012

Gambar sekitar majlis penutupan HKSBP kalike-39. Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Kepada yang kalah, jangan patah semangat. Buktikan yang anda boleh pada tahun hadapan.

Khamis, 8 Mac 2012

KEJOHANAN BOLA KERANJANG HKSBP ZON TENGAH 2012

Keputusan hari pertama. Kategori lelaki. MTD 41-22 ASIS; INTERSABER 17-7 SEPINTAR; KUSESS 34-11 KISAS.
Kategori perempuan. INTERGOMB 29-10 KUSESS.

HKSBP ZON TENGAH 2012

Selamat datang diucapkan kepada semua kontigen ke bumi Kusess sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Zon Tengah kali yang ke 39. Semoga setiap pasukan yang bertanding dapat mencapai kejayaan yang diharapkan.

Kami sebagai tuan rumah mengharapkan kesemua kontigen selesa dengan layanan yang diberikan. Segala kenangan yang indah dibawa pulang dan yang kurang menyenangkan maklumkan kepada kami agar dapat diperbaiki dimasa akan datang.

Selamat berjuang kepada semua pasukan dan bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

KUSESS GO FOR GOLD!

Rabu, 7 Mac 2012

Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Daerah 2012

Seramai 12 orang kadet terdiri daripada 6 putera dan 6 puteri Kusess telah menyertai perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Daerah yang bermula pada 6 sehingga 8 Mac 2012. Lokasi tapak perkhemahan adalah di SMK Seri Desa Tanjung Karang. Kadet-kadet tersebut adalah:

Putera

BIL

NAMA KADET

1

Amirul Faidhi Isma bin Azhan

2

Wan Farhan Danial bin Norazan

3

Muhd Shukri bin Saad

4

Shahir Zawani bin Mohd Kambali

5

Adli Zikri bin Azmi

6

Muhammad Aizat bin Ismail


Puteri

BIL

NAMA KADET

1

Nur Farahin binti Hashim

2

Nor Hazrena binti Zulkafli

3

Zakiah binti Ahmad

4

Zaty Zhafarina binti Nadzri

5

Zalikha binti Zamri

6

Faraezwantie Binti Abd Wahap



Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memilih kadet bagi mewakili daerah ke perkhemahan negeri yang akan berlangsung di FRIM Kepong. Selain itu para kadet ini juga akan menduduki peperiksaan bagi mendapatkan pangkat Lans Koperal. Diharapkan semua ahli kadet bomba Kusess berjaya di dalam peperiksaan tersebut seterusnya berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri.

Laporan dari tapakperkhemahan oleh Guru Penasihat Kadet Bomba & Penyelamat Kusess:
En. Radin Fuad bin Radin Baidawi ((9W2RFJ)

Jumaat, 2 Mac 2012

Borang Pendaftaran dan Jadual HKSBP 2012

Dibawah ini dilampirkan borang pendaftaran dan jadual terkini HKSBP 2012. Sekolah yang terlibat boleh muat turun fail tersebut.

BORANG PENDAFTARAN HKSBP 2012.docx View Muat turun
JADUAL TERKINI HKSBP 2012.xlsx View Muat turun

Khamis, 1 Mac 2012

ENGLISH DAY 2012

The English Language Panel of SM Sains Kuala Selangor reintroduces English Day on every Thursday. This in an effort to create a suitable platform for Kusessians to practice English with the hope that it eventually becomes a medium of communications in our school. This programme also act as a support programme for the MBMMBI programme which aimed at strengthening the level of profiency of English among students.

THEME "Learn, Apply, Improve"

So for all Kusessians together we cooperate and give efforts to make sure this programme will be success.