Ciri terbaru kepada google apps for education yang telah dilaksanakan di Kusess iaitu googleDrive. Ianya adalah pengintegrasian diantara googledoc dan online storage dimana pengguna boleh menyimpan sehingga 5GB data di google cloud server iaitu peningakatan dari 1GB sebelum ini. Diharap guru mahupun pelajar menggunakan kemudahan ini kerana bukan sahaja ianya percuma bahkan juga selamat dari masalah virus dan kehilangan data. Tidak perlu lagi risau jika thumbdrive hilang, kena virus atau rosak...gunalah kusessDrive!!!
Isnin, 30 April 2012
Buku Aturcara Majlis Graduasi dan Kecemerlangan ke-15
Alhamdulillah kerana majlis telah berjalan lancar. Tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menjalankan majlis tersebut. Untuk yang berminat bolehlah muatturun buku cenderamata sebagai kenangan..jumpa lagi di Hari Kecemerlangan ke-16 2013.
Selasa, 24 April 2012
Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar SPM 7A
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang mendapat 7A keatas akan menerima anugerah diatas kecemerlangan dalam SPM pada Majlis Graduasi dan Kecemerlangan ke-15 2012. Untuk makluman, majlis tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini iaitu pada 28 April 2012 di Dewan Prima.
Khamis, 19 April 2012
Sabtu, 14 April 2012
Jadual terkini versi 1.15
Jadual terbaru akan dilancarkan dalam masa terdekat. Guru dan pelajar boleh menyemak jadual tersebut di http://jadual.kusess.edu.my. Tarikh pelancaran akan diberitahu kemudian.
Jumaat, 13 April 2012
PENTING: Maklumat Kehadiran Majlis Graduasi 2012
Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2011, mohon maklumkan kepada Pn Junaidah, kehadiran saudara/saudari bersama dengan bilangan ibubapa/penjaga.
Berikut ialah format sms untuk Pn Junaidah dan hantar ke nombor 0196035436
Contoh:
AMIRUL HAKIM SHAMSUL 5MUTIARA HADIR IBUBAPA 2
JUNAIDAH ABDULLAH 5 BERLIAN TIDAK HADIR
Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih
Senarai nama pelajar yang menghadiri Majlis Graduasi dan Penganugerahan Kecemerlangan ke-15 2012
Di sini dilampirkan senarai nama pelajar yang menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut serta surat jawapan berkenaan kehadiran. Pelajar yang hadir diminta untuk memuatturun pdf berkenaan Peraturan dan sekiranya ibubapa atau pelajar yang ingin memberikan sumbangan atau iklan bolehlah memuatturun surat jawapan ini.
Jumaat, 6 April 2012
Surat Jemputan Menghadiri Majlis Graduasi dan Kecemerlangan 2012
Majlis Graduasi dan Hari Penganugerahan Kecemelangan kali ke-15 tahun 2012 akan diadakan pada:
Tarikh: 28 April 2012
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 pg hingga 12.30 tengahhari
Tempat: Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor
Tarikh: 28 April 2012
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 pg hingga 12.30 tengahhari
Tempat: Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor
Pelajar kusess diminta untuk memuat-turun peraturan dan surat jawapan dibawah untuk tindakan selanjutnya.
Langgan:
Catatan (Atom)