Di ingatkan kepada semua pelajar tingkatan 2 hingga 5. Pendaftaran masuk ke asrama untuk sesi persekolahan 2012 adalah pada hari Isnin 2 Januari 2012 sebelum jam 3:00 petang. Hari pertama persekolahan akan bermula pada 4 Januari 2012. Bagi Pelajar Baru Tingkatan 1 Ambilan 1, anda dikehendaki mendaftar pada hari Rabu 4 Januari 2012.
Keputusan PMR 2011 telah pun diumumkan pada hari ini. Seramai 121 orang pelajar KUSESS mendapat straight A. KUSESS pula berada di ranking ke 5 SBP. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang.
Kepada semua ibu bapa dan pelajar, keputusan PMR 2011 boleh disemak melalui MYSMS dengan format penghantaran " PMR [No KP] [No Angka Giliran] " dan sms ke 15888.
Contoh:-
*Keputusan PMR boleh disemak melalui mySMS bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 sehingga 12 tengah malam, 28 Disember 2011. *Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.
Kepada semua ibu bapa pelajar, keputusan peperiksaan akhir tahun pelajar boleh di lihat di laman sesawang SBPexcellent atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).