Selasa, 26 April 2011

Lawatan Pemantauan Jemaah Nazir SBT


Lawatan pihak Nazir SBT kali ini diketuai oleh Tuan Haji Arbain yang membuat pemantauan untuk pencalonan SBT Kohort ke-2 (Kumpulan 2) bagi tahun 2011. Pihak sekolah telah melakukan yang terbaik untuk mendapatkan anugerah ini setelah gagal pada tahun lepas. Sama-samalah kita berdoa agar SBT akan dapat ke genggaman KUSESS pada tahun ini. InsyaAllah..

Isnin, 18 April 2011

Karnival Sains: Pertandingan Saintis Muda 2011


SM Sains Kuala Selangor sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan Saintis Muda 2011. Pertandingan diadakan di kesemua makmal sains KUSESS dan dikendalikan oleh semua guru sains KUSESS. Tahniah kepada sekolah yang menjadi johan untuk kategori sekolah rendah dan menengah.

Sabtu, 16 April 2011

Jumaat, 15 April 2011

Domain forwarding www.kusess.edu.my reactivate

Untuk makluman pengunjung, laman web/blog rasmi kusess iaitu www.kusess.edu.my telah boleh dicapai semula. Masalah capaian sebelum ini adalah disebabkan masalah teknikal oleh pihak syarikat pendaftar domain. Walaubagaimanapun, hanya capaian ke laman web sahaja yang mengalami gangguan manakala aplikasi email, kalendar, dokumen, jadual dan lain-lain tidak terjelas. Segala kesulitan amat dikesali.

Khamis, 14 April 2011

Isnin, 4 April 2011

Malam Semaian Kasih Semarak Budi 2011


Terima kasih kepada semua hadirin yang terlibat menjayakan Malam Semaian Kasih Semarak Budi 2011.

Jumaat, 1 April 2011

Mawaddah 1 2011 untuk Tingkatan 3 dan 5.

Program Mawaddah kali pertama ini diadakan di Dewan Prima tepat jam 9.30 pagi. Antara slot yang turut dimasukkan sewaktu mawaddah kali ini ialah 'Head Count' oleh Pn Nurul Uyun dan Program Score A.