Rabu, 30 Mac 2011
Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Kuala Selangor di SM Sains Kuala Selangor.
Sekali lagi Kusess menjadi tuan rumah MTQ bagi tahun 2011. Tahniah kepada sekolah yang berjaya dalam pertandingan kali ini.
Kursus Integrasi ICT Dalam P&P.
Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan pengajaran. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti LDP secara schoolbased. Maklumat lanjut pelaksanaan sila email upp.bpg@gmail.com
Arahan kepada peserta kursus LDP secara atas talian :
1. Sila isikan Borang Pendaftaran Kursus.
2. Mulakan Kursus Atas Talian.
3. Tamat kursus
4. Email Pelan Pengajaran yang dihasilkan dan maklumat peserta ke
uppg.bpg@gmail.com .
Klik pada http://apps.moe.gov.my/bpg/
Arahan kepada peserta kursus LDP secara atas talian :
1. Sila isikan Borang Pendaftaran Kursus.
2. Mulakan Kursus Atas Talian.
3. Tamat kursus
4. Email Pelan Pengajaran yang dihasilkan dan maklumat peserta ke
uppg.bpg@gmail.com .
Klik pada http://apps.moe.gov.my/bpg/
untuk maklumat lanjut.
SELAMAT BERKURSUS
SELAMAT BERKURSUS
Isnin, 28 Mac 2011
Maklumat berkenaan SBPexcellent.
Data dan keputusan UP1 masih belum dimuatnaik ke sbpexcellent. Begitu juga tentang data dan katalaluan pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4. Ibubapa akan dimaklumkan berkenaan dengan kata-laluan tersebut dalam masa terdekat.
Sabtu, 26 Mac 2011
Jemputan Malam Semaian Kasih Semarak Budi 2011
Jualan tiket Jamuan Makan Malam 'Semaian Kasih Semarak Budi' telah mula dijual. Pelajar/ibubapa boleh mendapatkan melalui mentor kelas. Alumni dan pihak yang berminat untuk mendapatkan tiket boleh menghubungi Puan Siti Najikhah (najikhah@gmail.com) atau menghubungi sekolah ditalian 03-32893052.
Perasmi: Datuk Seri Noh b Hj Omar
Tarikh: 2 April 2011
Masa : 8 Malam
Tempat: Hotel Holiday Villa Subang Jaya
Artis Jemputan: Nash dan Aisyah
Bihak yang berminat untuk membuat iklan di dalam buku proogram atau menyumbang hamper untuk cabutan bertuah adalah sangat-sangat dialu-alukan
Jumaat, 4 Mac 2011
Sambutan Maulidurrasul.
Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan di Asrama Kusess menuju ke Dewan Prima. Perarakan adalah mengikut rumah sukan masing-masing dan membawa sepanduk rumah.
Langgan:
Catatan (Atom)