Sabtu, 29 Januari 2011

Petandingan Robotic 'Roboclinic' Anjuran SIRIM Bhd



6 orang pelajar dari KUSESS iaitu 3 orang pelajar tingkatan 4 [Team Black Arrow] dan 3 orang pelajar tingkatan 5 [Team Kogayaki] masing-masing telah berjaya merangkul tempat ke-3 dan tempat pertama kejohanan robotik yang julung kali diadakan ini. Pihak SIRIM berhad telah bertungkus lumus dalam menyediakan kemudahan dan peralatan di SMK Seri Tanjong bagi kejohanan ini. Pelajar telah dilatih selama 5 hari berkenaan 'Embed System' dan 'Microcontroller Programming' dan akhirnya robot yang telah diprogramkan dipertandingkan pada hari Sabtu 29 Januari yang lalu.

Jumaat, 28 Januari 2011

Lawatan SM Sains Kubang Pasu

Lawatan ini adalah untuk mengjalinkan kerjasama dan saling bertukar-tukar pandangan. Dengan lawatan ini juga sedikit sebanyak telah memantapkan sekolah Berasrama Penuh secara amnya.

Selasa, 25 Januari 2011

Ahad, 23 Januari 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Dorm


Mesyuarat Permuafakatan dorm ini lebih menjurus kepada program kebajikan dan perancangan aktiviti yang akan dilakukan pada tahun 2011. Secara umumnya semua ibubapa setuju untuk memberikan sedikit keceriaan di dalam dorm iaitu dengan meletakkan tikar dan sebagainya. Selain itu juga, ibubapa sebulat suara menginginkan dorm terbuka diadakan bagi memberi peluang kepada ibubapa terutamanya tingkatan 1 yang ingin melihat suasana di dalam dorm pelajar. Kesimpulannya mesyuarat ini berjaya mencapai matlamat dan tujuannya dan kehadiran ibubapa JK dorm dan guru mentor juga agak memberangsangkan walaupun perjumpaan ini diadakan pada hari Ahad dan notis pemberitahuan dalam masa yang suntuk.

Isnin, 17 Januari 2011

Perjumpaan Rumah Sukan kali-1 2011

Sebentar tadi telah diadakan perjumpaan rumah sukan. Perjumpaan kali ini lebih kepada untuk sesi berkenalan (terutamanya penghulu/ketua rumah yang telah bertukar) dan juga perancangan dan strategi 2011. Lokasi perjumpaan telah ditetapkan mengikut rumah masing masing.
--
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 12 Januari 2011

Pengumpulan data maklumat pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara

Diminta ex-student kusess yang pernah/masih belajar di LUAR NEGARA untuk mengisikan maklumat secara online di pautan dibawah. Ini bagi tujuan untuk mendapatkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Isnin, 3 Januari 2011