Jumaat, 30 Disember 2011

PENDAFTARAN SESI 2012

Di ingatkan kepada semua pelajar tingkatan 2 hingga 5. Pendaftaran masuk ke asrama untuk sesi persekolahan 2012 adalah pada hari Isnin 2 Januari 2012 sebelum jam 3:00 petang. Hari pertama persekolahan akan bermula pada 4 Januari 2012. Bagi Pelajar Baru Tingkatan 1 Ambilan 1, anda dikehendaki mendaftar pada hari Rabu 4 Januari 2012.

Khamis, 22 Disember 2011

KEPUTUSAN PMR 2011




Keputusan PMR 2011 telah pun diumumkan pada hari ini. Seramai 121 orang pelajar KUSESS mendapat straight A. KUSESS pula berada di ranking ke 5 SBP. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Rabu, 21 Disember 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2011 MELALUI MYSMS

Kepada semua ibu bapa dan pelajar, keputusan PMR 2011 boleh disemak melalui MYSMS dengan format penghantaran " PMR [No KP] [No Angka Giliran] " dan sms ke 15888.

Contoh:-



*Keputusan PMR boleh disemak melalui mySMS bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 sehingga 12 tengah malam, 28 Disember 2011.
*Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.

Jumaat, 9 Disember 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Kepada semua ibu bapa pelajar, keputusan peperiksaan akhir tahun pelajar boleh di lihat di laman sesawang SBPexcellent atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

SBPexcellent
SAPS