Jumaat, 14 Oktober 2011
MAJLIS PERSARAAN ENCIK HARUN BIN AHMAD
Pada pukul 11:30 tengahari tadi berlangsungnya majlis persaraan Encik Harun Bin Ahmad, Penyelia Kanan Asrama SM Sains Kuala Selangor. Beliau akan mula bercuti dari 17 Oktober 2011 sehingga tarih persaraan beliau iaitu pada 22 November 2011. Majlis yang diadakan secara sederhana itu turut dihadiri oleh Mantan Pengetua Puan Hajah Rossminah, wakil Bagan Lona Enterprise Tuan Haji Azhar, wakil PIBG Tuan Haji Bajuri dan wakil Kak Ros Kafe Puan Rusiah .
Khamis, 13 Oktober 2011
IBADAH QURBAN/AQIQAH AIDIL ADHA DI DARFUR, SUDAN TAHUN 2011M/1432H
PENAWARAN PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN – LALUAN PANTAS KEPADA PELAJAR SBP
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, ingin menawarkan peluang kepada pelajar cemerlang SBP untuk menyambung pengajian melalui Program Asasi Sains Pertanian (Laluan Pantas).
Untuk makluman pihak tuan/puan, program ini akan memulakan sesi pengajian pada Januari 2012 dan berakhir pada Ogos 2012. Bagi pelajar yang berminat, permohonan bolehlah dikemukakan terus kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011. Pihak tuan/puan boleh membuat salinan tambahan sekiranya borang yang disertakan tidak mencukupi.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak sekolah dapat mengumpul borang permohonan tersebut dan mengemukakannya kepada pihak kami agar proses pemilihan dapat dibuat dengan lebih sistematik. Bersama ini disertakan brosur program serta borang permohonan kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian (Laluan Pantas). Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan pihak tuan/puan boleh berhubung dengan kami di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, di talian ; 03-89467266/03-89467939/ 03-89466999/ 03-89466998.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Data brosur laluan pantas.doc Tampilkan Unduh