Assalamulaikun dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara diatas.
2. Adalah dimaklumkan, bagi Pegawai Pendidikan Lepasan Siswazah (PPLS) yang belum memohon
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) adalah dipohon memohon menggunakan 'Borang KT 1/Pin97'.
3. Untuk Makluman tuan/puan, permohonan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) hendaklah disertakan
bersama 'Surat Pengesahan Lantikan atau Surat Tawaran Lantikan'.
4. Kerjasama yang tuan/puan berikan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan hendaklah ditujukan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf di
talian 03-55121958
Sekian, terima kasih.
Rabu, 27 Julai 2011
Isnin, 25 Julai 2011
Lawatan Penanda Arasan
Lawatan Sekolah Agama Menengah Jeram dan Sekolah Kebangsaan Seri Utama
Pada sebelah pagi, rombongan dari SAM Jeram dan SK Seri Utama telah datang melawat Kusess.
Lawatan Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2) dan Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa
Pada sebelah petang pula, rombongan dari SAM Tg Karang, SK Puncak Alam (2) dan SK Tambak Jawa beserta SK daerah Kuala Selangor telah datang melawat Kusess. Terima kasih kepada semua sekolah yang sudi datang ke sini.
Khamis, 21 Julai 2011
LAWATAN PENANDA ARASAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM FIKRI
Seramai 42 orang guru dan staf dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu telah datang melawat Kusess pada hari ini.
LAWATAN PENANDA ARASAN SEKOLAH MENENGAH SAINS SABAH
Seramai empat orang guru dan 15 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke Kusess dari 19 hingga 21 Julai 2011. Terima kasih kerana sudi melawat sekolah kami.
Jumaat, 15 Julai 2011
MAJLIS SEJUTA KASIH SELAUTAN BUDI EN HASAN ABRAR BIN HJ HALIDI
Video Youtube
Picture Sideshow
Hari ini telah berlangsungnya Majlis Sejuta Kasih Selautan Budi untuk En Hasan Abrar Bin Hj Halidi sempena pemergian beliau ke Sekolah Menengah Saujana Utama.
Isnin, 11 Julai 2011
LAWATAN PENANDA ARASAN DARI 4S, SMK TIRAM JAYA DAN SMK RANTAU PANJANG
Lawatan Penanda Arasan dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.
Seramai 10 orang guru dari SMK Sultan Sulaiman Shah, 9 orang guru dari SMK Tiram Jaya dan 9 orang guru dari SMK Rantau Panjang telah menyertai lawatan tersebut. Terima kasih kerana sudi datang ke sekolah kami.
Rabu, 6 Julai 2011
LAWATAN PENANDAARASAN SMKA KUALA SELANGOR DAN SBPI SABAK BERNAM KE KUSESS
Pada hari ini seramai 20 orang guru dari SMKA Kuala Selangor dan 10 orang guru dari SBPI Sabak Bernam telah datang ke Kusess untuk tujuan Penandaarasan. Rombongan tiba pada pukul 3:00pm dan bersurai lebih kurang pukul 6:30pm. Terima kasih kerana datang ke sekolah kami. Tetamu membawa rezeki.
Selasa, 5 Julai 2011
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010
Tahniah diucapkan kepada Pentadbir dan guru yang menerima APC bagi tahun 2010. Semoga ianya menjadi dorongan kepada guru untuk kecemerlangan yang berterusan di KUSESS. Berikut adalah senarai yang mendapat APC 2010.
- En Mukharita b Shaharom
- En Mohd Fairol Anuar b Hassan
- Cik Hjh Zorah bt Hj Mustapa
- Cik Hjh Siti Nor Linah bt Abd Rahman
- Pn Nor Alwani bt Sulaiman
- Pn Nor Hamidah bt Ahmad
- Pn Aizan Hazrina bt Ahmad
Langgan:
Catatan (Atom)