Khamis, 30 Jun 2011
Kelas Fotografi 1Malaysia
Kepada yang berminat anda boleh menghadiri kelas fotografi anjuran 1Malaysia Fotografi. Untuk maklumat lanjut sila ke facebook event untuk mengetahui dengan lebih dekat http://www.facebook.com/event.php?eid=164369130295421&ref=notif¬if_t=event_invite
Rabu, 22 Jun 2011
Sabtu, 18 Jun 2011
Piala APICTA untuk Sekolah Rebut !
Salam,
Berikut adalah pertandingan yang sekolah boleh bertanding. Kami amat galakan penyertaan daripada sekolah. Maklumat lanjut sila layari laman web http://btpnsel.edu.my/main/2011/06/anugerah-apicta-untuk-direbut/
Via Email BTPnsel
Lawatan Motivasi SK Bukit Badong
Seramai lebih kurang 120 orang murid dan 12 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Badong telah datang ke KUSESS untuk lawatan motivasi. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar kerana sudi hadir ke sekolah kami.
Jumaat, 17 Jun 2011
Kejohanan Olahraga KUSESS Kali Ke-13 Tahun 2011
Kejohanan Olahraga Kusess Kali Ke-13 Tahun 2011 telah berlangsung dengan meriah sekali. Juara Keseluruhan pada kali ini jatuh pada Rumah Waja dengan 1130 mata, diikuti dengan Rumah Perdana 940 mata, Rumah Satria 883 mata dan akhir sekali Rumah Wira 781 mata.
Saudara Shahrul Effendi dari Rumah Waja telah dipilih sebagai Olahragawan Sekolah 2011 manakala saudari Mardiah Binti Othman dari Rumah Satria pula telah dipilih sebagai Olahragawati Sekolah 2011.
Tahniah kepada semua pemenang.
Rabu, 15 Jun 2011
Olimpiad Matematik Kebangsaan 2011
Pusat pertandingan OMK2011 bagi sekolah adalah di UM. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila rujuk nombor tertera di website PERSAMA.Terima kasih. link website persama: http://persama.org.my/
Selasa, 14 Jun 2011
Lawatan Penandaarasan SMK Saujana Utama Ke SM Sains Kuala Selangor
Pada hari ini (14/06/2011), seramai 13 orang guru daripada SMK Saujana Utama telah datang ke KUSESS untuk membuat lawatan penandaarasan. Rombongan tiba lebih kurang pukul 3:00PM dan bersurai pada pukul 6:00PM.
Jemputan ke Kursus Membina Laman Web dengan Joomla! untuk sesiapa yg berminat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan puan sihat-sihat sahaja hendaknya.
Semoga tuan puan sihat-sihat sahaja hendaknya.
Didoakan semua urusan seharian berjalan lancar sempurna.
3. Kami amat gembira untuk mendengar respon daripada tuan puan mengenai kursus ini.
-- Saya wakil daripada Joomla! Malaysia dan Altfa Solution ingin menjemput tuan puan ke Kursus Membina Laman Web dengan Joomla!.
2. Bersama ini saya sertakan surat jemputan dan informasi mengenainya.
Informasi penuh juga boleh dilihat di: http://www.joomlamalaysia.org.
Informasi penuh juga boleh dilihat di: http://www.joomlamalaysia.org.
3. Kami amat gembira untuk mendengar respon daripada tuan puan mengenai kursus ini.
Segala perhatian cik puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat.
Mohd Sallehuddin Mad Yusuf
Training Manager
Altfa Solution
http://www.altfa.com.my
salleh@altfa.com.my
HP: +60127582617
IT Training & Services | Training Centre | ICT Supply & Leasing | Web/Portal/Application Development | Consultation & Professional Support | Communication | Photography & Studio
KURSUS PERSEDIAAN 12 MINGGU BAGI PROGRAM BAHASA JEPUN SATU TAHUN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN 2011 (KOHORT 6)
KURSUS PERSEDIAAN 12 MINGGU BAGI PROGRAM BAHASA JEPUN SATU TAHUN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN 2011 (KOHORT 6)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 5/2011 pada 20 April 2011 telah meluluskan ambilan untuk 2 Kohort Tambahan bagi Kursus Bahasa Jepun Satu Tahun untuk Kohort 6 (2011) dan Kohort 7 (2012).
3. Bahagian ini akan mengendalikan program tersebut di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) selama 12 minggu bermula pada 15 Ogos 2011. Program ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas Bahasa Jepun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
4. Calon-calon yang berjaya menamatkan Kursus Persediaan 12 Minggu ini dengan cemerlang akan dipertimbangkan mengikuti Program Bahasa Jepun Satu Tahun di Institut Pendidikan Guru yang sama mulai Januari 2012. Peserta akan menjalani 'Internship Programme' satu tahun di sekolah sebelum dihantar ke Jepun untuk mengikuti 'Immersion Course' selama dua bulan. Setelah menamatkan program ini, peserta akan ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Menengah Harian yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Jepun. Kursus ini merupakan program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Yayasan Jepun (Japan Foundation), Kuala Lumpur.
5. Sehubungan itu, Bahagian ini memohon kerjasama tuan untuk memanjangkan maklumat ini ke sekolah-sekolah bagi membolehkan guru-guru yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti dalam lampiran A. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat program ini dengan melayari laman sesawang beralamat http://www.moe.gov.my. Semua permohonan bagi mengikuti program ini hendaklah menggunakan borang permohonan yang dilampirkan. Pihak tuan dipohon memperbanyak borang berkenaan bagi kemudahan para pemohon.
6. Bagi sekolah-sekolah menengah yang bercadang membuka kelas Bahasa Jepun, boleh membuat pencalonan guru-guru yang berminat mengajar bahasa tersebut.
7. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini pada atau sebelum 8 Julai 2011. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Pn. Aini Neesa' Binti Haji Salim di talian 03-8884 1242 (berkenaan permohonan) dan Puan Zuraimy Mohamed Noordin di talian 03-88841053 ( berkenaan kandungan Kursus dan Program).
Sekian, terima kasih.
Isnin, 13 Jun 2011
Jadual versi 1.14
Terdapat sedikit perubahan berkenaan jadual waktu. Sila semak jadual waktu terkini di http://jadual.kusess.edu.my.
>
Langgan:
Catatan (Atom)