Selasa, 30 November 2010

Login dan password sbp excellent

Kepada pelajar yg ingin mendapatkan kata laluan sbpexcellent dengan segera boleh terus menghantar email ke En Ibrahim di alamat brahym@kusess.edu.my. Permohonan kata laluan perlulah disertakan dengan:

1. Nama Penuh pelajar
2. Nombor kad pengenalan pelajar
3. Nama penuh bapa
4. IC bapa
5. Email bapa
6. Tingkatan

Permohonan tanpa maklumat di atas tidak akan diprosess.

Isnin, 29 November 2010

Rabu, 24 November 2010

Isnin, 22 November 2010

Banner SPM

Terima kasih kepada Sekolah Angkat Kusess - SK Jalan Tanjung

Sabtu, 13 November 2010

Majlis Makan Malam Kelab Staf KUSESS.

Lokasi : Restoran Puteri TTDI
Tarikh : 12 November 2010
Masa : 8.00 malam - 10.00 malam.

Majlis jamuan akhir tahun ini diadakan sebagai penutup untuk tahun 2010. Disamping guru dan staf, JK PIBG Kusess juga turut sama menyerikan majlis ini. Hadirin dijamu dengan juadah tradisional yang berbagai jenis dan diakhiri dengan sesi bertukar-tukar hadiah. Di majlis ini juga diadakan ucapan perpisahan dari Miss Moyu iaitu guru dari Jepun yang akan menamat tugas beliau di Kusess.

Jumaat, 12 November 2010

Penyampaian Hadiah Program pasca PMR KUSESS

Majlis diadakan di Dewan Prima sejurus selesai majlis perlantikan MPP sebentar tadi. Hadiah kepada pemenang adalah berdasarkan rumah sukan. Tahniah kepada pasukan-pasukan yang menang.

Masa: 9.00 - 10.00 pagi
Lokasi: Dewan Prima
MC: Saudara Hazim

Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2010/2011 KUSESS

Majlis diadakan di Dewan Prima dan disempurnakan oleh Pengetua.

Rabu, 10 November 2010

Majlis Restu Ilmu pelajar SPM 2010 Kusess

Majlis ini bertujuan untuk memberi restu kepada pelajar SPM 2010 SM Sains Kuala Selangor. Guru-guru akan menghalalkan ilmu-ilmu yang telah diberi akan pelajar SPM dipermudahkan dalam peperiksaan SPM yang akan berlangsung cuma tinggal 12 hari sahaja lagi.

Lokasi Majlis : Dataran Gemilang Kusess.

Isnin, 8 November 2010

Training Ragbi TEAM KUSESS

Lama sangat tak turun padang.... ni baru nak tunjuk budak ragbi untuk kejohanan MSSS selangor...