Selasa, 28 September 2010

Gambar-gambar sepanjang Majlis Sambutan Hari Raya


Majlis ini diadakan pada hari Selasa yang lalu dan ianya sangat meriah. Untuk mengabadikan kenangan itu, KUSESS dengan bangganya mempertontonkan pengunjung web ini dengan album gambar tersebut.

"Selamat Hari Raya"

Khamis, 23 September 2010

PERTANDIANGAN MENGARANG ESEI 1 MALAYSIA

PERTANDIANGAN MENGARANG ESEI 1 MALAYSIA
TAJUK : Perlembagaan Dipertahankan, Rukun Negara Diamalkan Dalam Konteks 1 Malaysia
KATEGORI A Sekolah Menengah & IPTA (2000 - 4000 patah perkataan sahaja)
KATEGORI B Orang Awam (2500 - 5000 patah perkataan sahaja)
HADIAH KATEGORI A & B
.
Pertama RM3,000.00
Kedua RM2,000
Ketiga RM1,000.00
Saguhati RM500.00 setiap satu, piala dan sijil penyertaan (tiga)
Peserta perlu menghantar 3 salinan esei bagi setiap penyertaan dan diwajibkan memajukan salinan esei dalam cakera padat (soft copy) atau email
puteriumnosabah@gmail.com

HANTAR KE ALAMAT KEPADA :
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI SEMPENA HARI MALAYSIA, (Kategori A atau B)
PEJABAT PERHUBUNGAN PUTERI UMNO SABAH,
TINGKAT 7, BANGUNAN UMNO SABAH,
88100 KOTA KINABALU.
Selewat-lewatnya 27 SEPT 2010 atau talian tel : 088-448778

Selasa, 21 September 2010

Isnin, 20 September 2010

Marilah kita membacakan alfatihah dan doa untuk:

1. Adik Miqdad agar cepat sembuh
2. Supaya adik-adik dikalangan anak2 guru dan staf serta sekolah angkat KUSESS - SK Jalan Tanjung dipermudahkan dalm peperiksaan UPSR.
3. Semoga Datuk Sosilawati dan 3 rakannya dirahmati Allah dan pembunuhnya mendapat hukuman sewajarnya.
4. Harap sesi persekolan akan berjalan lancar.

Jumaat, 3 September 2010

Majlis Penyampai Hadiah dan Sumbangan Hari Raya


Majlis ini diadakan di Dewan Prima dan hadiah telah disampaikan oleh Bonda Pengetua sewaktu perhimpunan rasmi dilakukan Penyampaian yang dijalankan antaranya:
  1. Hadiah kecemerlangan akademik PPT
  2. Sumbangan hari raya oleh pihak Masjid
  3. Sumbangan hari raya kepada anak yatim dan pelajar miskin
  4. Penyampaian hadiah Ambang Kemerdekaan

Khamis, 2 September 2010

Pencerapan untuk guru cemerlang.

Beberapa orang guru akan dicerap oleh Panel Nazir untuk permohonan Guru Cemerlang. Marilah kita doakan guru Kusess agar memperoleh apa yang hajati.

Pesanan HEM untuk hari ini.

1. Petang ini mcm biasa dan kemaskan kelas. Tiada sampah dan lap tingkap.
2. Uruskan dorm di asrama pada malam nanti. Semua mesti dalam keadaan tersusun.
3. PK HEM dan guru-guru memohon maaf jika ada sebarang kesalahan.
4. Jadikan bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai 'training field' untuk memperbaiki diri.

Rabu, 1 September 2010

Gambar-gambar majlis Khatam AlQuran dan Tahlil


Alhamdulillah, majlis ini telah selesai dengan sempurna di surau Al-Arif. Semoga ianya mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Warga KUSESS juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Persediaan Malam Tujuh Likur

Pelajar F5 memasang lampu pelita di sekitar KUSESS - kawasan asrama dan sepanjang jalan sehingga rumah pengetua..MERIAHNYE RAYE....

Aktiviti kokurikulum hari ini

Hari ini aktiviti kokurikulum akan dijalankan mengikut batch dan menjurus kepada perbincangan berkenaan jamuan hari raya yang akan dijalankan nanti. Sehubungan dengan itu semua pelajar dan guru diwajibkan hadir.