Isnin, 30 Ogos 2010

Majlis tahlil dan khatam Al-Quran

Majlis sedang berlangsung di surau Al-Ariff.

Khamis, 26 Ogos 2010

Surat sumbangan

Pihak sekolah ada memberikan surat kepada pelajar untuk disampaikan kepada ibubapa bekenaan sumbangan Ramadhan. Diharapkan agar pelajar dapat menyampaikan surat ini kepada ibu atau bapa.

Rabu, 25 Ogos 2010

Lawatan YDP PIBG, AJK PIBG dan PK HEM ke Hospital Sungai Buloh.

Rombongan melawat dan memberi sumbangan kepada pelajar Mohamad Miqdad Tingkatan 3 Mutiara kerana pembedahan jangkitan kuman dalam darah.

Majlis Subangan Hari Raya oleh Rumah Amal Harmoni

Sumbangan disampaikan oleh En Jamaludin Wahab kepada pelajar-pelajar SM Sains Kuala Selangor yang merupakan anak yatim dan asnaf seramai 50 orang.

Selasa, 24 Ogos 2010

foursquare check-in @kusess

Kusess atau SM Sains Kuala Selangor mempunyai lokasi rasmi di foursquare.com. Semua pelawat yang mempunyai aplikasi 4sq pada telefon bimbit bolehlah check-in bila berada di KUSESS. Segala check-in anda sangat-sangat dihargai.

Ahad, 22 Ogos 2010

Majlis Sumbangan Hari Raya



Pada hari Ahad yang lalu telah berlangsung satu majlis Menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada pelajar KUSESS. Majlis ini diadakan di Surau Al-Ariff. Terima kasih kepada pihak-pihak yang memberikan sumbangan tersebut.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Program MAHSA tentang Kursus Sains Kesihatan



Diadakan di Dewan Makan KUSESS pada jam 9 Pagi. Di kelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling KUSESS.

Selasa, 17 Ogos 2010

Taklimat LHDN

Bertempat di Bilik Seri Bayu

Jumaat, 13 Ogos 2010


Seramai 6 orang murid telah mengambil ujian Permata Pintar UKM2 yang diadakan di KUSESS bertempat di Makmal Bestari.

Khamis, 12 Ogos 2010

Balik Bermalam pada minggu ini

PENGUMUMAN: Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka pelajar dibenarkan untuk balik bermalam pada minggu ini mulai hari Jumaat 13 Ogos sehingga hari Ahad 15 Ogos. Cuti berganti yang telah dijadualkan pada minggu ini akan disusun semula selepas cuti hari raya kelak.

Jadual Berbuka dan Imsak

Rabu, 11 Ogos 2010

Tarikh Cuti dan Balik Bermalam

Oleh kerana banyak soalan diajukan kepada pihak sekolah maka dengan itu ingin sukacita dimaklumkan tarikh cuti dan balik bermalam adalah seperti berikut:-

26-29 Ogos Cuti balik bermalam sempena Nuzul Quran
3-19 September Cuti Hari Raya.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Lawatan Penandaarasan SBPI Jempol



Sekarang berlangsung ucapan alu-aluan oleh Pengetua Kusess bertempat di bilik Seri Bayu..

Jumaat, 6 Ogos 2010

Esok adalah hari persekolahan

Cuti berganti untuk hari raya.

Isnin, 2 Ogos 2010

Ujian Penggal 2

Hari ini akan bermula Peperiksaan Penggal 2.