Majlis ini diadakan di De Palma Kuala Selangor bagi meraikan hari guru dan juga penghargaan kepada NYDP dan AJK PIBG Kusess yang telah bertukar. Majlis dimulakan pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Seluruh warga pendidik KUSESS mengucapkan terima kasih kepada PIBG diatas majlis ini.
Isnin, 31 Mei 2010
Penyampaian hadiah pemenang 3K
Tahniah kepada pelajar kelas 5 Berlian dan mentor Cik Zorah kerana mengungguli pertandingan 3K KUSESS. Hadiah disampaikan oleh Puan Pengetua dan diiringi oleh PKHEM Kusess. Turut disampaikan ialah hadiah untuk dorm terbersih Aspura dan Aspuri. Hadiah disampaikan di Dataran Gemilang SM Sains Kuala Selangor.
Selasa, 25 Mei 2010
Penyampaian Saguhati kepada Panitia Cemerlang 2009
Pada mercu kali ini, telah diadakan satu majlis ringkas penyampaian saguhati kepada guru dan juga panitia yang telah menghasilkan keputusan yang cemerlang sewaktu peperiksaan SPM/PMR 2009. Saguhati ini adalah lanjutan dari Majlis Graduasi dan Penganugerahan Kecemerlangan tempohari. Tahniah kepada panitia yang menerima Anugerah Emas, Perak dan Gangsa tersebut. Semoga ianya memberikan semangat dan motivasi kepada panitia lain untuk sama-sama bersaing bagi memastikan kegemilangan KUSESS.
Sabtu, 22 Mei 2010
Jumaat, 21 Mei 2010
Perpisahan Cikgu Ajni Sulaiman
En Mohd Ajni b Sulaiman adala seorang guru yang sangat banyak memberi sumbangan di KUSESS. Walaubagaimanapun, beliau terpaksa mengubah karier beliau dengan bertugas di Bahagian Pendidikan Guru. Majlis perimpunan pagi diselitkan dengan cara pengampaian cenderamata perpisahan kepada beliau yang diadakan di Dataran Gemilang KUSESS. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman oleh semua pelajar lelaki dengan Cikgu Ajni. Semoha beliau sukses di tempat yang baru.
Sabtu, 15 Mei 2010
Majlis Graduasi dan Penganugerahan Kecemerlangan kali ke-13 2010
Alhamdulillah kerana majlis ini telah berjaya dijalankan dengan begitu lancar. Terima kasih kepada hadirin yang hadir terutama dari kalangan pelajar yang mengambil anugerah disamping keluarga yang turut sama meraikan pelajar Kusess yang SPM dan PMR 2009. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang majlis ini berlangsung.
Khamis, 13 Mei 2010
Gotong royong Staf
Staf Kusess turut sama menjalankan aktiviti gotong royong. Terima kasih diatas kerjasama semua!
Rabu, 12 Mei 2010
Gotong royong Kebangsaan
Terima kasih diatas kerjasam yang dibelikan oleh semua guru dan pelajar kusess sepanjang program gotong royong ini walaupun cuaca agak kurang baik diwaktu tersebut.
Isnin, 10 Mei 2010
Penyampaian hadiah Pertandingan Surau dan Peperiksaan Penggal 1 2010
Pada perhimpunan pagi ini, telah diadakan ucara penyampaian hadiah Pertandingan Surau [Johan] dan juga penyampaian hadiah pelajar terbaik semasa peperiksaan penggal 1 yang lalu.
Khamis, 6 Mei 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Di atas ialah jadual untuk peperiksaan pertengahan tahun 2010. Guru, ibubapa dan pelajar boleh lihat serta muatturun jadual tersebut melalui link dibawah:-
JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010.pdf View Download
JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010.pdf View Download
Di bahagian bawah pula ialah templete muka hadapan untuk kertas soalan ujian pertengahan tahun. Guru-guru diminta menggunakan templete tersebut bagi menyediakan semua seoalan Peperiksaan Pertengahan Tahun nanti. Sila muaturun fail tersebut seperti di bawah:-
Versi Bahasa Melayu - Download
Versi Bahasa Inggeris - Download
Langgan:
Catatan (Atom)