Program ini khas untuk pelajar tingakatan 5 KUSESS. Ianya diadakan di Dewan Prima dan dikelolakan oleh MISC.
Sabtu, 24 April 2010
Jumaat, 23 April 2010
Esok (Sabtu 23 April) adalah hari persekolahan.
Jadual esok ialah jadul hari Isnin dan Cuti berganti ini ialah untuk Hari Raya Aidilfitri.
Khamis, 22 April 2010
Kejohanan Olahraga Kusess kali ke-12 2010
Tahniah kepada rumah yang berjaya iaitu rumah Perdana. Kepada rumah-rumah yang kurang bernasib baik, cuba lagi ditahun hadapan.
Kawad formasi dari rumah Waja.
Kontijen pertama yang berarak masuk ke Stadium Utama. Gambar sukan selanjutnya disertakan dibawah. Tahniah kepada rumah sukan yang berjaya.
Tetamu dari MCKK.
Hari ini Kusess mendapat tetamu dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang membuat lawatan terutamanya untuk melihat program bahasa asing. Pelawat dari MCKK terdiri dari guru dan beberapa orang staf. Selamat datang ke Kusess.
Isnin, 19 April 2010
Pelancaran program Study Terancang, Permata Hati dan Kilauan Permata KUSESS 2010
Program ini adalah salah satu program kecemerlangan untuk pelajar Kusess. Biasanya program atau majlis pelancaran ini diadakan secara berasingan namun pada tahun 2010, ianya menampakkan kelainan iaitu ketiga-tiga program tersebut diadakan secara serentak. Study terancang ialah pembentukan kumpulan dikalangan pelajar PMR dan SPM dimana pelajar akan saling bantu-membantu dalam akademik. Program Permata Hati dan Kilauan Permata pula adalah untuk pelajar SPM memilih sendiri guru atau mentor yang mereka ingini untuk membimbing mereka.
Rabu, 14 April 2010
Majlis Perpisahan Cik Zarina binti Abdul Rahim
Cik Zarina adalah merupakan guru Bahasa Jerman di KUSESS dan telah berkhidmat selama lebih 9 tahun di bumi SM Sains Kuala Selangor. Beliau telah berpindah ke Institut Bahasa Antarabangsa sebagai pensyarah Bahasa Jerman di sana. Warga Kusess telah kehilangan seorang guru yang sangat berjasa selama ini. Kehilangan ini sangat dirasai oleh guru dan pelajar terutama ahli Rumah Wira.
Majlis diadakan di Dewan Prima KUSESS. Walaupun cuaca hujan namun perjalanan majlis sangat lancar. Ianya dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Cik Zarina dan seterusnya ucapan oleh Pengetua dan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh guru dan pelajar.
Majlis diadakan di Dewan Prima KUSESS. Walaupun cuaca hujan namun perjalanan majlis sangat lancar. Ianya dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Cik Zarina dan seterusnya ucapan oleh Pengetua dan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh guru dan pelajar.
Jumaat, 9 April 2010
Balik bermalam dan Yuran PIBG
Pelajar akan balik bermalam pada hari ini. Berikut dengan itu, pelajar telah diberikan satu surat berkenaan yuran PIBG untuk disampaikan kepada ibubapa untuk tindakan. Ibubapa juga diminta untuk menyegerakan pembayaran yuran sekolah bagi yang masih belum menyelesaikan pembayaran yuran tersebut.
Muatturun surat
Isnin, 5 April 2010
Majlis Penghargaan Murabbi 2010
Majlis ini telah diadakan di Dewan Prima KUSESS bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murabbi/guru Kusess. Majlis dikelolakan oleh pelajar tingkatan 4 2010. Walaupun majlis ini disambut sederhana namun ianya cukup memberi kesan kepada guru kerana jasa guru Kusess amat dihargai oleh pelajar. Disamping itu juga, diadakan ucapan oleh pelajar berkenaan pengalaman masing-masing semasa berkursus mahupun menyertai acara yang telah mengharumkan nama Kusess. Majlis juga turut dimeriahkan dengan acara pemotongan kek dan penyampaian hadiah kokurikulum serta penyerahan cenderahati kepada guru-guru. Majlis diakhiri dengan jamuan kepada guru yang diadakan di kantin sekolah.
Jumaat, 2 April 2010
Keputusan Ujian Penggal 1 di sbpexcellent.com.
Untuk makluman ibubapa, keputusan ujian penggal 1 boleh disemak mulai hari ini di laman web www.sbpexcellent.com.
Langgan:
Catatan (Atom)