Kejohanan kali ini talah dikelolakan oleh SM Sains Kuala Selangor. Acara berlangsung selama 3 hari bermula 26 Mac sehingga 28 Mac 2010 di Stadium Terbuka Kuala Selangor. Seramai hampir 300 peserta dari 56 buah SBP di seluruh negara menyertai kejohanan kali ini. Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Kholil bin Mohamed yang mewakili Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari terakhir kejohanan Johan Keseluruhan Lelaki dimenangi oleh SMAP Kajang manakana untuk kategori perempuan pula dimenangi oleh SM Sains Kuala Selangor.
Ahad, 28 Mac 2010
Isnin, 22 Mac 2010
Kehadiran di Mesyuarat Agung PIBG
Terima kasih kerana kehadiran 276 orang ibu dan bapa ke dewan Prima Kusess semalam sempena Mesyuarat Agung PIBG dan tahniah diatas AJK yang baru dilantik.
Balik bermalam sempena Kejohanan Memanah SBP 2010
Selasa, 16 Mac 2010
Email pelajar updated 2010
Untuk makluman semua pelajar, email pengguna KUSESSmail telah berjaya dikemaskini. Pelajar yang ingin menggunakan email cuma perlu ke http://mail.kusess.edu.my dan menggunakan kad pengenalan sebagai loginID dan katalaluan ialah katalaluan yang sama digunakan di sbpexcellent.com. Sebarang masalah login dan terlupa kata laluan boleh mengisikan borang online dibawah:
Borang permohonan kata laluan.
Borang permohonan kata laluan.
Jumaat, 12 Mac 2010
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 2010
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 2010 akan diadakan pada : -
Tarikh : 21 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 2:00 ptg
Tempat : Dewan Prima Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
Semua ibu / bapa / penjaga dijemput hadir.
Laporan Mesyuarat Agung Kali Ke-13 Boleh dimuat turun di http://www.mediafire.com/?fom40ywozwl
Balik bermalam sempena cuti penggal 1.
Pelajar boleh balik bermalam mulai jam 1.30pm hari ini. Walaubagaimanapun, ibu bapa digalakkan untuk menjemput pelajar selepas solat Jumaat.
Khamis, 11 Mac 2010
Rabu, 10 Mac 2010
Jemputan ke Majlis Ikatan Restu Ilmu pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 Kusess
SM Sains Kuala Selangor akan mengadakan majlis Ikatan Restu bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2010. Objektif utama majlis ini ialah untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk memulakan kehidupan di asrama dan mewujudkan kepercayaan ibu bapa terhadap pengurusan sekolah.
Sehubungan itu, dengan rasa penuh takzim dan besar hati, pihak sekolah ingin menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri majlis tersebut seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh: 12 Mac 2010 [Jumaat]
Masa: 9.00 pagi [Pendaftaran]
Tempat: Dewan Prima KUSESS
Sehubungan itu, dengan rasa penuh takzim dan besar hati, pihak sekolah ingin menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri majlis tersebut seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh: 12 Mac 2010 [Jumaat]
Masa: 9.00 pagi [Pendaftaran]
Tempat: Dewan Prima KUSESS
Selasa, 9 Mac 2010
Aliran proses hari mengambil keputusan SPM 2009
Pelajar SPM 2009 perlu mengambil perhatian tentang perkara ini. Berikut ialah aliran proses mengambil keputusan 2009.
- Pelajar berjumpa mentor kelas 2009 dengan penampilan serta pakaian yang telah ditetapkan.
- Mentor kelas akan menyerahkan:
- Keputusan SPM 2009
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Ko-kurikulum.
- Sijil PEKA
- Sijil ULBS [BM/BI]
- Surat Akuan Sekolah
- Sijil Kerja Kursus Matematik Tambahan
- Sijil PAFA
- Pelajar mengambil wang pelaburan koperasi di kaunter koperasi.
- Pelajar mengambil borang semak semula Keputusan SPM 2010 di bilik SUP [Sekiranya perlu sahaja]
Isnin, 8 Mac 2010
Pengambilan keputusan SPM 2009
Keputusan SPM akan dikeluarkan pada 11 Mac 2010. Pelajar boleh mula mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11 pagi. Pelajar SPM 2009 yang ingin mengambil keputusan diingatkan supaya:
- Berpakaian kemas.
- Penampilan yang terurus terutama rambut pendek, misai dan janggut bagi pelajar lelaki.
- Tidak memakai seluar Jeans.
- Berkasut
Diharap pelajar dapat mematuhi peraturan yang sangat mudah ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Diminta juga agar perkara ini disampaikan kepada pelajar lain yang tiada kemudahan untuk melayari internet dan laman web KUSESS.
Jumaat, 5 Mac 2010
Alfatihah..
Berita sedih yang baru diterima. Ibu kepada Puan Nurul Uyun bt Abdullah telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Khamis, 4 Mac 2010
Rabu, 3 Mac 2010
Koperasi mini KUSESS
Pelajar lebih mudah untuk mendapatkan barang keperluan setelah Koperasi KUSESS dibuka pada waktu rehat setiap hari. Lokasi koperasi ini sangat strategik kerana merupakan laluan utama pelajar ke kantin. Di sampin jualan roti dan air kotak, koperasi juga turut menjual alat tulis. Koperasi ini dikendalikan oleh guru koperasi dan dibantu oleh AJK pelajar.
Langgan:
Catatan (Atom)
