Tamatlah sudah program Pelestarian KUSESS 2010 yang di adakan di Marina Cove Lumut. Program ini telah berjalan dengan jayanya dan telah mencapai matlamatnya iaitu penghasilan Pelan Strategik 5 tahun KUSESS. Majlis ini juga memberi peluang kepada Penolong Kanan, PK HEM dan PK Koko menyampaikan ucapan terima kasih kepada guru diatas kerjasama dan sumbangan untuk penghasilan Pelan Strategik KUSESS. Majlis Penutupan di sempurnakan oleh Puan Pengetua kita-kira jam 12 tengahhari dan semua perserta bergerak pulang pada jam 1.30 petang.
Ahad, 28 Februari 2010
Sabtu, 27 Februari 2010
Hari kedua di Marina Cove Lumut
Perbincangan hari ini lebih menjurus kepada bahagian Pengurusan, Akdemik, HEM, KOKo dan ICT. Sesi sebelah malam pula akan diadakan pembentangan hasil perbincangan setiap kumpulan.
Jumaat, 26 Februari 2010
Taklimat House keeping di Marina Cove
Sesi taklimat hosekeeping dan ucapan perasmian Pengetua di adakan di bilik seminar Marina Cove Lumut. Sesi 1 akan bermula pada jam 8.30 malam mengikut kumpulan yang ditetapkan iaitu akademik, kewangan, HEM dan koko.
Perjalanan ke Marina Cove
Bertolak dari KUSESS pada jam 11am dan Alhamdulillah telah selamat tiba pada jam 3.30PM.
Khamis, 25 Februari 2010
Balik bermalam sempena Maulidur Rasul.
Ibubapa boleh mula menjemput pelajar di Kusess mulai jam 3 petang.
Ahad, 21 Februari 2010
Majlis Mawaddah 1 KUSESS 2010
Mawaddah kali pertama di KUSESS diadakan bagi memberikan momentum dan motivasi awal kepada pelajar terutama Tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi PMR dan SPM 2010. Majlis ini dihadiri oleh setiap pelajar PMR dan SPM bersama dengan ibubapa masing-masing. Sambutan ibubapa amat mengejutkan dan Dewan Prima dipenuhi oleh hadirin yang datang untuk mendengar ucapan Pengetua dan seterusnya sesi ceramah oleh Tn Hj Kholil. Majlis ini diadakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada guru, ibubapa dan pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama yang erat bagi memastikan pencapaian yang gemilang untuk PMR dan SPM 2010 di KUSESS.
Jumaat, 12 Februari 2010
Pertandingan Merentas Desa KUSESS 2010
Tahniah kepada Rumah Perdana selaku juara keseluruhan Pertandingan Merentas Desa KUSESS 2010. Tempat kedua dan ketiga ikikuti oleh rumah Satria dan Wira masing-masing manakala rumah Waja di tempat keempat. Acara berlangsung dimulai dengan taklimat ringkas oleh Penyelaras Pertandingan iaitu En Izmayudi dan seterusnya ucapan semangat oleh Pengetua di Dataran Gemilang KUSESS. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah yang diadakan di Dewan Prima KUSESS.
Majlis Perlantikan MPP dan Ketua Pelajar KUSESS 2010
Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan mengenengahkan MPP KUSESS 2010 yang merupakan satu organisasi terpenting dalam membentuk dan memperkasakan jati diri pelajar KUSESS. Majlis diadakan di Dewan Prima Kusess sejurus selepas selesai sesi penyampaian hadiah Pertandingan Merentas Desa. Dengan rasminya, Ketua Pelajar juga telah diumumkan iaitu:
KP Lelaki: Sdr Mohd Najmi b Abd Rahman
KP Perempuan: Sdr Siti Qaniah bt Abd Rahman
Selasa, 9 Februari 2010
Isnin, 8 Februari 2010
Balik bermalam sempena Tahun Baru Cina.
Sekali lagi diingatkan kepada ibubapa agar mula mengambil pelajar selepas jam 1.00 petang sempena cuti Tahun Baru Cina pada hari Jumaat ini (12 Feb 2010). Kerjasama ibubapa sangat-sangat diharapkan.
Sabtu, 6 Februari 2010
Jumaat, 5 Februari 2010
Jadual sekolah di Sistem Pengurusan Sekolah SPS
Jadual sekolah telah berjaya diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Sekolah [SPS]. Guru-guru boleh mula mengakses jadual tersebut di http://10.32.148.36 [intranet].
Khamis, 4 Februari 2010
Jadual terbaru 2010 v1.07_a
Terdapat sedikit perubahan pada jadual v1.07 yang telah dilancarkan sebelum ini. Guru dan mentor boleh semak jadual terkini di http://jadual.kusess.edu.my. Paparan untuk cetakan jadual juga ada sedikit perubahan dan lebih kemas ;-)
Rabu, 3 Februari 2010
Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 4
Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru tingkatan 4 2010. Lokasi asal pendaftaran ialah di dewan makan dan diubah ke dewan Prima. Sesi pendaftaran pelajar bermula jam 9am dan berakhir kira-kira jam 12.30pm. Seramai 25 dari 28 orang pelajar telah hadir mendaftar semalam [2 Feb 2010] dan telah memulakan kelas pertama mereka di Kusess mulai hari ini. Tahniah dan syabas kerana menjadi sebahagian dari warga Kusessian.
Selasa, 2 Februari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
