Jumaat, 29 Oktober 2010

Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Rumah Sukan 2010 KUSESS

Majlis ini bertujuan untuk menghargai sumbangan guru dan pelajar diatas pencapaian dalam bidang kokurikulum pada tahun 2010. Dalam majlis ini juga, Setiausaha Sistem Rumah iaiatu En Radin Fuad telah mengumumkan juara bagi sistem rumah bagi tahun 2010. Tahniah kepada rumah Perdana kerana menjadi keseluruhan sistem rumah.

Tarikh: 29 Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat: Dewan Prima
Masa: 10.30 pagi - 12.00 tengahhari

Sabtu, 23 Oktober 2010

Program Gotong Royong Perdana dan Asrama Terbuka


Majlis gotong royong kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama pada semua pihak. Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir dan tidak dilupakan kepada pihak luar seperti Bomba dan MDKS yang memberikan bantuan dari segi logistik dan kepakaran. Pihak sekolah juga amat berterima kasih diatas sumbangan yang diberikan seperti sumbangan bungan Bougainvilla (Bunga Kertas) dan jamuan di dorm. Semoga kerjasama seperti ini sentiasa terjalin diantara pihak sekolah dan juga PIBG.
Acara:
Gotong Royong (9.00am-12.00pm)
Dorm Terbuka (12pm-2pm)
Lokasi : Persekitaran sekolah

Rabu, 20 Oktober 2010

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk dan Lawatan SBPI Gombak


Pertandingan memasak bubur lambuk ini adalah salah satu acara Pasca PMR yang telah dirancangkan. Pertandingan ini telah dijuarai oleh rumah Perdana. Pada aktiviti yang sama juga disertai oleh pelajar Lepasan PMR dari SBPI Gombak yang turut sama memeriahkan acara memasak bubur lambuk ini. Walaupun acara ini ringkas tetapi ia dapat memberikan pengalaman yang sangat berharga. Lokasi Memasak Bubur Lambuk adalah seperti berikut:

Wira - Balai PIBG
Waja - Garaj Kereta Kantin
Satria - Garaj Kereta KH
Perdana - Garaj Bas

Khamis, 14 Oktober 2010

Program Gotong Royong Perdana dan Hari Terbuka Asrama



Gotong royong perdana.pdf
Tampilkan Unduh

Program ini akan diadakan pada 23 Oktober 2010 (Sabtu). Diharap agar semua ibu bapa dapat hadir dan menjayakan program ini dan seterusnya menjalinkan ikatan silaturrahim sesama warga.

Sumbangan Derma '1 Pelajar 1 Pasu Bunga Bougainvilla'


Pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua.


sumbangan derma.pdf
Tampilkan Unduh

Rabu, 13 Oktober 2010

Jadual Peperiksaan SPM 2010



Sila papar atau muat turun sebagai rujukan.
Tampilkan Muat turun Fail

Sabtu, 9 Oktober 2010

Perasmian Bilik-bilik bahasa Antarabangsa dan Bilik Paradigma



Terima kasih kepada Pn Ashah Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan SBPSK kerana sudi melawat dan merasmikan Bilik Bahasa Antarabangsa dan Bilik Paradigma. Puan Ashah juga berkesempatan memberikan ucapan dan perangsang semangat kepada pelajar terutamanya tingkatan 3 dan 5.

Rabu, 6 Oktober 2010

PMR 2010



Marilah kita sama-sama berdoa agar pelajar tingakatan 3 mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR pada tahun ini.

Isnin, 4 Oktober 2010

Jadual Peperiksaan PMR 2010

Peperiksaan PMR akan bermula esok. Bersangkutan dengan itu, dilampirkan jadual peperiksaan PMR untuk rujukan semua.




View Download

Ahad, 3 Oktober 2010

Program Gilap Mutiara Pelajar Tingkatan 5 2010

Program dijalankan di ILDAS Sabak Bernam.