Khamis, 31 Disember 2009

Yuran Persekolahan 2010 Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Disini ingin dimaklumkan berkenaan jumlah yuran bagi sesi 2010 seperti lampiran di bawah. Jumlah yuran adalah berbeza bergantung kepada pendapatan ibubapa/penjaga. Surat dan lampiran ini akan diberikan kepada ibubapa sewaktu hari pendaftaran dalam bentuk bercetak oleh Mentor/Guru Kelas.

View Download

Terima kasih dan jasamu dikenang..

Warga KUSESS ingin mengucapkan terima kasih kepada 4 orang guru RE yang telah berkhidmat di Kusess. 4 guru ini mengakhirkan tugas mereka pada hari ini yang terdiri dari En Amar, Cik Norhasmas, Cik Aishah dan Pn Muhaimin dan satu sesi penyampaian hadiah penghargaan dari Kelab Staf, Ketua Bidang dan Pentadbir telah diadakan di Seri Bayu sewaktu mesyuarat sebentar tadi. Kami juga ingin mengucapkan semoga guru-guru ini sentiasa dimurahkan rezeki dan salam jumpa kembali.
--

Pendaftaran 2010 - Carta aliran



Untuk Paparan lebih besar
Untuk Muatturun

Mesyuarat guru pra-2010 Bil 1/2009

Sekarang sedang berlangsung Mesyuarat Pra 2010. Agenda yang akan berlangsung seperti berikut:
1. Ucapan alu-aluan Pengetua
2. Taklimat PK
3. Taklimat PK HEM
4. Taklimat PK Koko
5. Buku Rekod Pendidikan (BRP)
6. Badan Kebajikan Guru (BKG)
7. Hal-hal lain
8. Penutup

Info terkini:
- Puan Nurul Uyun dinaikkan pangkat DG54
--
Sent via BlackBerry® from Maxis
BlackBerry Messenger PIN: 21373360
+6017-2713260

Khamis, 24 Disember 2009

Mesyuarat Guru Persediaan Sesi Tahun 2010

Tarikh : 31 Disember 2009 & 1 Januari 2010
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Seri Bayu SM Sains Kuala Selangor

Kehadiran semua guru SM Sains Kuala Selangor adalah diwajibkan.

Keputusan PMR 2009

Berikut adalah keputusan PMR 2009 bagi setiap subjek dengan peratusan pelajar yang mendapat 'A':
  1. Bahasa Melayu - 97.2%
  2. Bahasa Inggeris - 93.7%
  3. Sejarah - 93.7%
  4. Geografi - 100%
  5. Pendidikan Islam - 92.6%
  6. Matematik - 98.6%
  7. Sains - 96.5%
  8. Kemahiran Hidup - 100%

Tahniah! Kusess No. 1




Untuk Paparan lebih besar
Untuk Download

Khamis, 10 Disember 2009

KusessGroups

Kusess kini mempunyai aplikasi Groups dalam sistem google apps sekolah. Ianya boleh dicapai melalui http://groups.kusess.edu.my. Warga kusess digalak untuk mencipta kumpulan dan menjemput ahli kumpulan bagi memudahkan perbincangan berkaitan dengan sekolah. Pelajar boleh membuat kumpulan untuk perbincangan kelas, kelab, persatuan, hobi, kemahiran dan apa sahaja yang dirasakan dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli yang dijemput. Selain itu guru juga boleh membuat kumpulan untuk ahli panitia, bidang serta perbincangan umum.

Isnin, 7 Disember 2009