Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat meyambut Hari Kemerdekaan Ke-52

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

courtesy of http://pmr.penerangan.gov.my

Dikesempatan ini, dipertontonkan semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh pelajar KUSESS dengan berani tampil ke pentas sewaktu Perhimpunan Pagi. Judul video ini ialah "Tetamu Membawa Rezeki". Saksikan..


Jumaat, 21 Ogos 2009

Cuti sekolah bermula

Pada hari ini telah bermula cuti sekolah penggal 2. Semua pelajar telah pulang balik bermalam selama seminggu dan kebetulan bulan Ramadhan pun akan menjelma. Bolehlah pelajar berbuka bersama keluarga tercinta.

Pelajar telah diberikan kata laluan untuk sbpexcellent.com dan KusessMail pada hari ini kecuali tingkatan 5. Kebanyakkan password telah dijanakan semula. Manual cara penggunaaan juga telah diberikan dan diharapkan agar katalaluan tersebut diberitahu dan di kongsikan bersama ibubapa supaya ibubapa sering dapat memantau akademik dan sahsiah pelajar di KUSESS. Diharapkan pelajar dapat memberikan maklum balas melalui borang yang telah dihantar melalui email.

Sejak laman web ini dialihkan di sini, bilangan hits telah bertambah secara mendadak. Terima kasih kepada pengunjung setia laman web KUSESS. Laman web kusess akan sentiasa dikemaskinikan supaya ianya menjadi medium utama yang menghubungkan antara sekolah dan ibubapa.

Warga Pentadbir dan Pendidik SM Sains Kuala Selangor di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat Berpuasa dan selamat bercuti kepada semua pelajar. Gunakan masa cuti yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.


Untuk pengunjung setia kusess.edu.my, khas untuk anda lagu istemewa bulan Ramadhan dari Wali Band.

Khamis, 20 Ogos 2009

Kusess DIGITALinfoBOARD



DigitalinfoBOARD ini masih lagi dalam ujian. Tujuan digital info board ialah untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada semua warga KUSESS. Segala cadangan dan pandangan diperlukan bagi memantapkan lagi DIGITALinfoBOARD ini.

Perpisahan Puan Hani Azita

Puan Hani Azita secara rasminya berpindah tugas dari SM Sains Kuala Selangor ke PPK KPM. Beliau mula bertugas di KUSESS sejak April 2002 dan akan meninggalkan KUSESS untuk bertugas ditempat baru mulai esok. Begitu terasa sekali pemergian beliau terutamanya putera dan puteri rumah Perdana. Beliau seringkali menjadi MC di majlis yang diadakan di Kusess dan pada pagi ini beliau masih sempat menjalankan tugas iaitu menjadi MC untuk Majlis Penyampaian Hadiah Ujian Pertengahan Tahun 2009.

Majlis perhimpunan pagi ini juga diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada Puan Hani Azita oleh Guru dan Pelajar. Kami warga KUSESS mengucapkan terima kasih kepada beliau diatas jasa yang telah dicurahkan sepanjang berada di Kusess. Semoga beliau ceria selalu di tempat tugasan yang baru.

Rabu, 19 Ogos 2009

Google Apps Training for student

Kelas 2 Intan telah terpilih untuk menjadi perintis kepada student dalam penggunaan Google Apps : Kusessmail. Nampaknya student tidak menghadapi masalah dengan sistem ini. Pelajar boleh membaca, membalas dan menjemput kenalan lain untuk berkomunikasi. Bahkan pelajar juga dapat mengubahkan tema paparan kusessmail. Pada masa yang sangat singkat itu juga, pelajar didedahkan dengan Kusesscalendar dan KusessDocs. Tahniah kepada 2 Intan kerana menjadi pelopor dalam Google Apps di Kusess.

Selasa, 18 Ogos 2009

LDAP: Sistem Pengurusan Sekolah SPS


Petang ini telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan LDAP untuk sistem SPS disampaikan oleh Cik Ain. Latihan kali ini lebih menjurus kepada semua modul SPS secara ringkas. Walaupun data sekolah di dalam SPS masih lagi belum sempurna. Masalah login guru juga masih belum diatasi oleh Rebound. Di harapkan agar guru dapat mencuba dan mempelajari modul yang berkaitan dengan tugas guru dan memberikan maklum balas untuk Mesyuarat FUAT 1 september akan datang. Latihan bermula jam 4 petang dan berakhir pada jam 5 petang di Bilik seri Bayu.

Isnin, 17 Ogos 2009

Latihan SPS - Sistem rumah

Hari ini diadakan sesi latihan untuk sistem rumah dalam modul SPS. Prosess menempatkan pelajar ke rumah masing-masing agak rumit. Data SPS juga masih tidak stabil. Sesi latihan diberi oleh Cik Ain dari Rebound dan disertai oleh En Radin Fuad.

SMK Puncak Alam Immersion program


Ini adalah program untuk semua Pengetua di Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Saksikan beberapa slide gambar program tersebut.

Ahad, 16 Ogos 2009

Our email now virus and spam free

Bagi kaedah pengawalan virus dan junk email, kami telah mengaktifkan Postini service di Google Apps Education. Ini bermakna email yang keluar dan masuk lebih selamat. Terima kasih kepada google kerana menyediakan perkhidmatan Postini ini yang diberikan secara percuma.

Gambar sukan

Gambar sukan 2009 untuk tatapan pengunjung. Terdiri dari 468 keping gambar yang sempat di muatnaik di picasa web album.

Youtube:Pembinaan Makmal

Dijangkakan masa diambil ialah 7 bulan untuk disiapkan. Lokasi ialah diantara blok Kemahiran Hidup dan kantin KUSESS. Saksikan video singkat ini. InsyaAllah video perkembangan selanjutnya akan diupload dari masa kesemasa.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Video tutorial: KusessMail

Video tutorial untuk menggunakan KusessMail.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Majlis Tahlil


Sebentar tadi telah berlangsung Majlis tahlil yang diadakan di Kantin Kusess. Majlis ini dihadiri oleh guru dan staf Kusess. Disamping untuk mendapatkan keberkatan Ilahi kepada waris warga kusess yang telah pergi meninggalkan kita, turut disedekahkan juga bacaan tahlil ini untuk:
  1. Keberangkatan Puan Pengetua ke Tanah Suci untuk menjalankan Umrah [15-23 Ogos 2009]
  2. Kesyukuran sempena beberapa orang guru yang telah mendapat APC.
  3. Kesyukuran keatas anak En Husni yang graduasi di UM.
  4. En Rozali yang mendapat cahaya mata.
Majlis dihidangkan dengan menu yang sangat menyelerakan seperti berikut:
  • Nasi Ambengan
  • Chocolate cake
  • Apples

Khamis, 13 Ogos 2009

Majlis perpisahan dan Bacaan Yasin

Majlis bacaan yasin dan Jamuan Perpisahan diadakan di bilik Cemara dihadiri oleh semua staf KUSESS.


Email kusess khas for Alumni

Kusess dengan sukacitanya menawarkan 50 akaun percuma email kusess khas untuk Alumni. Kami memberikan peluang kepada alumni kusess untuk berinteraksi dengan warga kusess dan menyumbang kepada kusess dari segi perkongsian pintar dan sebagainya. Permohonan adalah berdasarkan 'first come first serve basis'. Username yang akan digunakan adalah seperti berikut:

nickname_batch@kusess.edu.my contohnya haziq_0206@kusess.edu.my

Sila emailkan kepada admin@kusess.edu.my butiran lanjut berkenaan diri anda seperti Nama, Batch, Alamat dan Perkerjaan.

Pelebaran rangkaian LAN Kusess

Disini saya memberikan makluman bahawa hari ini sedang berjalan proses pemasangan Kabel Fiber Optik dari bilik server ke Makmal Sains oleh kontraktor luar. Seramai 5 orang pekerja kontrak tersebut sedang giat membuat pemasangan yang dijangka mengambil masa seminggu. Antara kawasan yang baru yang akan mempunyai kemudahan LAN dan internet ialah:

1. Makmal Sains 2 - 2 node dan 1 rak beserta switch.
2. Makmal Biologi - 2 Node
3. Bilik persediaan makmal - 1 node, 1 wifi
4. Pejabat Asrama - 3 node, 1 wifi
5. Bilik komputer aspura - 2 node

Sekian terima kasih,

Rabu, 12 Ogos 2009

Kusess Panitia Sains Website

Secara rasminya laman web Panitia Sains Kusess telah diwujudkan. Ianya telah dihasilkan oleh En Fuad bersama ahli panitia yang lain. Semoga ianya menjadi sumber rujukan ilmu untuk semua. Tahniah kepada panitia Sains diatas kejayaan mencipta website panitia.

http://panitiasains.kusess.edu.my
Created with : Google Apps : GoogleSites

In house training Google Apps: KusessMail

Alhamdulillah, sesi taklimat penggunaan google Apps: KusessMail telah selesai. Diharap guru dapat mengaplikasikan apa yang telah disampaikan.
Tempat: Bilik Seri Bayu
Tarikh: 11 Ogos 2009
Masa : 4.00PM - 4.30PM
Penyampai: En Ibrahim Kadri

Sabtu, 8 Ogos 2009

Pengisian data SSQS

Setakat ini, data untuk pelajar telah di isikan secara online. Serama 30 orang pelajar mengambil bahagian dalam kaji selidik SSQS. Tarikh tutup penghantaran SSQS ialah pada 14 Ogos 2008. SSQS ialah soal selidik terhadap warga sekolah tentang penggunaan ICT. Terdapat sistem ranking iaitu '5 stars' menunjukkan bahawa sekolah telah menjalankan program ICT secara bestari dan berkesan.

Aplikasi SSQS bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.


Google Apps : Google Docs

The online documents collaboration within kusess. See the video...

Google Apps at KUSESS


Dengan rasminya, Google application seperti mail, calendar, docs dan chat telah di integrasikan ke dalam domain kusess.edu.my. Dengan itu, setiap warga kusess akan mendapat email percuma dari google yang beralamat user@kusess.edu.my. Google Apps lebih memudahkan kolaborasi dikalangan warga sekolah. Sehubungan dengan itu juga, email rasmi sekolah iaitu admin@kusess.edu.my telah diaktifkan semula dan setiap email yang dihantar akan disebarkan kepada pihak pentadbir SM Sains Kuala Selangor.

Email rasmi sekolah : admin@kusess.edu.my

Jumaat, 7 Ogos 2009

kusess.edu.my back

10GB linux hosting yang dilanggan sebelum ini telah tamat bulan lepas. Sebelum ini, laman web kusess dihoskan di server berbayar dan menggunakan cms drupal 6. Sekarang ini, laman web kusess dihoskan di blogspot secara percuma dan tiada tempoh tamat lagi. Penyelengaraan lebih mudah dan berkesan. Domain www.kusess.edu.my akan di forward ke blogspot secara automatik bermula hari ini.

Selasa, 4 Ogos 2009

Mengenalpasti pembawa H1N1

Pada perhimpunan pagi ini diadakan satu sesi mengenalpasti pembawa H1N1 iaitu mengumpul pelajar yang mempunyai simtom-simtom H1N1. Pelajar tersebut diberikan penutup mulut sebagai langkah berjaga-jaga.

Isnin, 3 Ogos 2009

Immersion program SMK Puncak Alam

Pada perhimpunan pagi ini, Pengetua SMK Puncak Alam telah menjadi tetamu. Ini berikutan Immersion Program yang anjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor.