Isnin, 30 November 2009

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 untuk para pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 telah siap dijana dan telah dihantar ke sbpexcellent. Sila rujuk ke www.sbpexcellent.com untuk mengetahui keputusan peperiksaan anda. Selamat berjaya dan teruskan usaha anda untuk mendapat keputusan yang lebih baik untuk PMR 2010 dan SPM 2010.

Terima Kasih.

Sila klik gambar dibawah untuk ke sbpexcellent.

Pelajar yang telah menghilangkan/lupa password sbpexcellent, sila gunakan borang online atau emailkan Nama, Kad Pengenalan baru, Kelas, Nama Bapa dan No kad pengenalan bapa ke brahym@kusess.edu.my. Maklumat tidak lengkap tidak akan dilayan.


Rabu, 25 November 2009

Pemandangan kusess

Test for mobile upload directly to blogger post.

---
sent from my nokia 5730 XpressMusic mobilephone

Selasa, 24 November 2009

Pertandingan MULTImedia & PROGramming Uniten

Perhatian kepada pelajar yang berminat dan mempunyai kemahiran menggunakan perisian Photoshop CS2/CS4. Terbuka pada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 2010 sahaja. Terhad untuk 2 team sahaja...first come first serve. Emailkan maklumat berkenaan team anda ke brahym@kusess.edu.my sebelum atau pada 31 Disember 2009. Maklumat lanjut sila lawati http://metalab.uniten.edu.my/~multiprog10


Download

Khamis, 19 November 2009

Majlis Penutupan Program Pasca PMR


Hari ini telah berlangsung Upcara Penutupan Program Pasca PMR 2009 di Dewan Makan KUSESS. Majlis disempurnakan dengan acara perasmian penutupan oleh Pn Hajah Rossminah Binti Yamin dengan memberikan ucapan dan kata perangsang kepada pelajar. Sejurus selepas itu acara penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan seperti Public Speaking, robotik, membina jambatan, roket, R&D dan sebagainya. Acara di Dewan Makan diakhiri dengan tayangan multimedia yang dihasilkan oleh pelajar. Sesi seterusnya ialah menikmati buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan yang di taja oleh Saudari Jasma di Balai PIBG.

KCT English Form 1, 2 & 3

You are to write an e-mail or a letter to your respective English teacher. Your e-mail or letter should:
  • Be more than 150 words
  • Contain all your experiences during this school break
  • You should use your real name in your e-mail or letter.
  • The due date of this task is on the 25 December 2009.
  • Below are the addresses of the English teachers. Remember, you should only send an e-mail or a letter to the English teacher who is teaching your class.

1. Miss Ayu Dalila Kasim
- Sek. Men. Sains Kuala Selangor,
Bandar Baru Malawati,
45000 Kuala Selangor
Selangor

2. Miss Shylaja William
- 46, Jalan Teratai 2/10,
Bandar Baru,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

3. Mdm. Muzaimah Jamil
- Sek. Men. Sains Kuala Selangor,
Bandar Baru Malawati,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

4. Mdm. Rihanatun Samsi
- Sek. Men. Sains Kuala Selangor,
Bandar Baru Malawati,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

5. Mdm. Ennie Azora Othman
- 40, Jalan Melati 3/25,
Bandar Malawati,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

6. Miss Sazlyni Mohd Sazlly Lim
- 25, Jalan KSU 2/4,
Taman Kuala Selangor Utama,
45000 Kuala Selangor,
Selangor

7. Mdm Norhayati Abdul Majeed
- Sek. Men. Sains Kuala Selangor,
Bandar Baru Malawati,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.
- amhaya@yahoo.com

8. Mr. Husni Ahmad Dahlan (only letters, not e-mail)
- Sek. Men. Sains Kuala Selangor,
Bandar Baru Malawati,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

Pekeliling 4/2009 - Perubahan sistem penggredan SPM



Download

Pekeliling 6/2009 - Langkah-langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian menerusi pemantapan pengurusan dan pengendalian khidmat pelanggan



Download

Rabu, 18 November 2009

Good luck SPM candidates


Hari ini bermulalah detik yang penting bagi pelajar tingkatan 5 KUSESS iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009. Perhimpunan pagi dijalankan seperti biasa dan Alhamdulillah cuaca pagi ini begitu baik. Seawal jam 6.30 pagi, sudah ada ibubapa yang tiba disekolah bagi memberikan semangat dan doa restu kepada anak di KUSESS. Acara pagi ini ialah ucapan oleh Pengetua dan diikuti oleh bacaan doa khas SPM oleh Ust Khairi. Acara berakhir apabila pelajar berhimpun di garaj Dewan Prima dan melangkah masuk ke dalam dewan setelah mendengar tips oleh Cik Ayu dan Pn Hasnah. Terima kasih kepada ibubapa yang hadir untuk menberi sokongan kepada pelajar SPM.

Selasa, 17 November 2009

Penyampaian Hadiah Ujian Penggal 2


Pada dari ini juga dijalankan penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar terbaik tingkatan dan terbaik mata pelajaran untuk Ujian Penggal 2 yang lalu. Majlis dipengerusikan oleh Puan Hani Azita serta dibantu olh Cik Ayu Dalila. Hadiah disampaikan oleh Puan Hajah Rossminah Pengetua SM Sains Kuala Selangor. Tahniah kepada pelajar yang cemerlang dan semoga kejayaan ini diteruskan sehingga peperiksaan PMR an SPM yang akan dilalui kelak.

Keputusan Rasmi Sistem Rumah 2009


1. Rumah Terbaik Akademik : Perdana
2. Rumah Terbaik Kokurikulum :Wira
3. Rumah Terbaik Sahsiah : Perdana
4. Rumah Terbaik 3K : Waja
5. Kapten Rumah Terbaik Putera : Haqimi bin Abdul Ghani (Wira)
6. Kapten Rumah Terbaik Puteri : Nabihah binti Bahari (Waja)
7. Johan Rumah Terbaik Keseluruhan : Perdana
8. Naib Johan Rumah Terbaik Keseluruhan : Wira
9. Tempat Ketiga Rumah Terbaik Keseluruhan : Waja
10. Tempat Keempat Rumah Terbaik Keseluruhan : Satria

Isnin, 16 November 2009

Tahniah buat Tn. Hj. Kamarularipin.....

Puan Pengetua telah mengumunkan bahawa Tn. Hj Kamarularipin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Kusess telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan di SBPI Jempol. Semoga Tn. Hj. akan maju jaya di tempat baru nanti sekembalinya dari tanah suci....

Majlis Restu Ilmu Tingkatan 5


Agendauntuk hari ini.
  • Ucapan En Husni
  • Ucapan Bonda Pengetua
  • Pemeriksaan pelajar
  • Sesi mentor-mentee dorm - periksa kebersihan dorm
  • Taklimat SPM oleh En Hasan Abrar dan Bonda Pengetua di dewan makan
  • Semua pelajar tingakatn 5 dan guru bergerak ke surau Al-Arif
  • Bacaan doa oleh Ust Khairul Anuar
  • Sesi bersalaman dan bermaafan antara pelajar dan guru


Ahad, 15 November 2009

Jamuan Kelab Staf 2009

Majlis diadakan di Intekma Resort Shah Alam pada 15hb November 2009 pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 12 tghmalam. Maslis diserikan dengan Ucapan VVIP, cabutan betuah dan bertukar-tukar hadiah. Walaupun majlis terpaksa dilalui dengan cuaca gerimis namun ianya tetap meriah dan terhibur. Juadah yang disediakan juga cukup menyelerakan. Terima kasih kepada AJK kelab staf kerana bertungkus-lumus mengatur dan menguruskan majlis ini.


PERKHEMAHAN TINGKATAN 1 2009

Kuala Selangor, 14 - 15 November 2009. Perkhemahan Unit Uniform tingkatan 1 telah dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan perkhemahan ini untuk memberi pengalaman pelajar dalam menempuh perkhemahan yang lebih besar samada diperingkat daerah, neregi atau kebangsaan. dalam perkemahan ini diajar semua pekara asas dalam perkhemahan contoh pengunaan mestin, iktiar hidup, ikatan dan kawat asas kepada pelajar. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru terlibat dan pelajar tingkatan 4 sebagai pembantu pegawai.

KEMASUKAN UNTUK SESI JANUARI 2010 BERDASARKAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

Berikut ialah makluman kepada pelajar Tingkatan 5 berkenaan kemasukan ke UTP sesi 2010


Tuan-tuan dan Puan-puan,

Merujuk kepada perkara di atas dan lanjutan dari surat yang telah difaks ke sekolah tuan/puan, pihak Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) dengan ini ingin memaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan kemasukan ke UTP melalui on-line telah dilanjutkan dari 15 November 2009 ke tarikh yang baru iaitu:

20 November 2009

Pelajar juga adalah disarankan untuk mengisi borang permohonan online melalui laman web:

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berkenaan di talian seperti berikut :-
1. Encik Khushairi Bin Zubir Ahmad (05-368 8407)
2. En Jafni Bin Abu Bakar (05-368 8153)
3. Encik Zulkarnain Bin Zulkifli (05-368 8406)
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

KHUSHAIRI BIN ZUBIR AHMAD
Admission & Registration Unit
Universiti Teknologi PETRONAS
Tel : 605 - 368 8407
Fax : 605 - 365 4082

Jumaat, 13 November 2009

Pelawat laman web www.kusess.edu.my menghampiri 20000


Siapakah pelawat yang bertuah menjadi pelawat yang ke 20000? Laman web ini telah melonjak dari segi bilangan pengunjungnya walaupun hanya beberapa bulan sahaja laman web ini dihasilkan tetapi bilangan pengunjung bertambah dari masa ke semasa. Diharapkan pengunjung web/blog kusess ini akan menjangkau ke 100,000 pengunjung menjelang 2011 nanti. Para pengunjung budiman juga dijemput untuk menjadi pengikut/follower website ini. Website mempamerkan ciri "KIS" atau keep it simple serta melaporkan berita-berita yang terkini.

Perkhemahan Unit Beruniform


Perkhemahan disertai oleh semua pelajar tingkatan 1 dan diadakan di Garaj Kereta Guru. Perkhemahan dikendalikan oleh pelajar tingkatan 4. Pada petang ini diadakan sesi membuat cheers.
Saksikan gambar dan video dibawah.

Pertandingan robot Pasca PMR



Pertandingan ini dihakimkan oleh En Ibrahim Kadri dan Saudara Syamil. Walaupun kesuntukan masa namun azam yang ditunjukkan begitu tinggi. Pada yang menang, tahniah diucapkan dan pada yg gagal jangan pula berputus asa. Lokasi pertandingan ialah di makmal sains 3. Pertandingan ini menggunakan robot dari lego NXT. Pertandingan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman berkenaan robotik kepada pelajar.

Rabu, 11 November 2009

Jamuan Kelas 2009


Jamuan diadakan oleh pelajar mengikut kelas masing masing. Pelbagai juadah disediakan semasa majlis ini yang sangat menyelerakan. Walaupun persediaan agak suntuk namun majlis ini tetap meriah. Tahniah kepada pelajar kerana dapat memberi kerjasama terutama dari segi kebersihan kelas selepas majlis tamat. Saksikan video yang diambil oleh pelajar pula di bawah:

Mini olahraga

Mini olahraga ini diadakan khas untuk pelajar menengah rendah tingkatan 1hingga tingkatan 3. Acara yang dianjurkan ialah seperti lompat jauh, lompat kijang, balapan dan tarik tali. Acara diadakan di Stadium Daerah Kuala Selangor. Pengurus kejohanan ialah En Rozlisham di dibantu oleh guru-guru lain.

"MAJULAH SUKAN UNTUK KUSESS NUMBER ONE"

Robotik oleh Uniten

Aktiviti ini dijalankan di Makmal Sains 2 dan disertai oleh beberapa pelajar khas yang dipilih berdasarkan potensi mereka dalam bidang robotik. Aktiviti di jayakan dengan kehadiran beberapa pelajar Uniten yang memberikan taklimat dan tunjuk ajar kepada pelajar. Akhir sekali, pelajar akan diperkenalkan dengan cara pemasangan kit robotik dan sesi memprogramkan robot. Majlis bermula pada jam 3 dan berakhir kira-kira pada jam 5 petang.

Isnin, 9 November 2009

Penggambaran paradigma

Penggambaran majalah sedang aktif berlangsung. Terdapat kekangan masa untuk tahun ini namun diharapkan agar semuanya berjalan lancar.





Untuk download sila click disini

Majlis Penganugerahan Kokurikulum

Ahad, 8 November 2009

Hari Graduasi dan Penganugerahan Kecemerlangan KUSESS 2009


Tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah. Tak lupa terima kasih kepada guru-guru Kusess yang bertungkus-lumus untuk majlis ini yang telah ditunda sebanyak 2 kali sebelum ini.

Selasa, 3 November 2009

Majlis kesyukuran dan Ambengan kali ke 2

Pendaftaran Kehadiran Majlis Graduasi 2009

Sekali lagi diingatkan untuk pelajar yang mengambil anugerah pada hari Ahad ini iaitu bersamaan 8 November 2009 agar mengisikan borang online yang disediakan dibawah. Tarikh tutup untuk pengisian borang ialah pada atau sebelum.
4 November 2009
12.00 TengahHari

Borang kehadiran Majlis Graduasi online. Sila klik di sini.

Kegagalan pelajar untuk mengisi borang atau memberitahu kehadiran melalui telefon pada waktu yang ditetapkan adalah dianggap sebagai tidak hadir dan Pakaian Anugerah tidak akan disediakan.

Pelajar yang telah mendaftar online, perlu hadir ke sekolah untuk mengambil pakaian anugerah pada hari Sabtu 7/11/2009 iaitu:
2.30pm hingga 6.oopm.
8.30pm-10.00pm
Lokasi ialah di 2N.



Ahad, 1 November 2009

Program motivasi tingakatan 5

Majlis telah diadakan di Dewan Prima pada 31 Oktober 2009 [Sabtu] khas bagi pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM.