Pelajar telah pulang semula Asrama pada hari Ahad 17 September setelah cuti Aidilfitri.dan juga pada malam tersebut telah diadakan Majlis Solat Hajat untuk PMR yang hampir tiba. Namun demikian masih terdapat pelajar yang tidak balik pada hari yang ditetapkan. Selain itu ramai pelajar yang tidak menyiapkan kerja cuti terancang yang diberi oleh guru terutamanya tingkatan 3. Pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang terbabit. Cuti 11 hari juga memperlihatkan sikap pelajar yang tidak mengambil berat tentang penampilan terutamanya berkenaan pemotongan rambut. Diharapkan tindakan yang diberi memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain.
Rabu, 30 September 2009
Khamis, 17 September 2009
Pesan Bonda Pengetua...
Bonda pesan.....
- Sebelum balik bercuti pastikan asrama dalam keadaan bersih.
- Saling bermaafan antara rakan-rakan dan juga guru-guru.
- Balik ke sekolah jangan lupa bawa kuih raya.
- Jangan terlalu suka semasa raya nanti membawa duka.
- Pelajar yang mengambil peperiksaan PMR & SPM kerana korbankan masa cuti untuk membuat tugasan yang para guru berikan.
- Tiada kejayaan tanpa pengorbanan........
Majlis Solat Hajat Dan Restu Ilmu
Kali pertama: 27 September 2009
Tempat : Surau al-Arif SM Sains Kuala Selangor
Kehadiran : Ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5
Aturcara : 6.00 petang - Pelajar pulang ke asrama
7.20 petang - Solat Maghrib
Solat Hajat
Bacaan Surah Yasin dan Tahlil
Solat Isyak
Bersurai
Kali kedua : 3 Oktober 2009
Tempat : Dewan Makan & Surau al-Arif SM Sains Kuala Selangor
Kehadiran : Ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5
Aturcara : 6.00 petang - Makan malam bersama ibu bapa
7.20 petang - Solat Maghrib
Solat Hajat
Bacaan Surah Yasin dan Tahlil
Solat Isyak
Majlis bersalam-salaman pelajar Tingkatan 3 dengan guru-guru
Bersurai
Kali ketiga : 15 Oktober 2009
Tempat : Surau al-Arif & Dataran Gemilang SM Sains Kuala Selangor
Kehadiran : Ibu bapa pelajar Tingkatan 5
Aturcara : 7.00 petang - Semua pelajar Tingkatan 5 bersama ibu bapa berada di surau
7.20 petang - Solat Maghrib
Solat Hajat
Bacaan Surah Yasin dan Tahlil
Solat Isyak
Bersurai
Majlis bersalam-salaman pelajar Tingkatan 5
Jamuan Hari Raya seluruh warga Kusess dan PIBG
Tempat : Surau al-Arif SM Sains Kuala Selangor
Kehadiran : Ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5
Aturcara : 6.00 petang - Pelajar pulang ke asrama
7.20 petang - Solat Maghrib
Solat Hajat
Bacaan Surah Yasin dan Tahlil
Solat Isyak
Bersurai
Kali kedua : 3 Oktober 2009
Tempat : Dewan Makan & Surau al-Arif SM Sains Kuala Selangor
Kehadiran : Ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5
Aturcara : 6.00 petang - Makan malam bersama ibu bapa
7.20 petang - Solat Maghrib
Solat Hajat
Bacaan Surah Yasin dan Tahlil
Solat Isyak
Majlis bersalam-salaman pelajar Tingkatan 3 dengan guru-guru
Bersurai
Kali ketiga : 15 Oktober 2009
Tempat : Surau al-Arif & Dataran Gemilang SM Sains Kuala Selangor
Kehadiran : Ibu bapa pelajar Tingkatan 5
Aturcara : 7.00 petang - Semua pelajar Tingkatan 5 bersama ibu bapa berada di surau
7.20 petang - Solat Maghrib
Solat Hajat
Bacaan Surah Yasin dan Tahlil
Solat Isyak
Bersurai
Majlis bersalam-salaman pelajar Tingkatan 5
Jamuan Hari Raya seluruh warga Kusess dan PIBG
Majlis Penyerahan Duit Raya/Sedekah kepada pelajar
Seri Bayu, KUSESS - Kira-kira 110 orang pelajar KUSESS tersenyum girang hari ini kerana bukan sahaja hari ni ialah hari terakhir sebelum balik bermalam tetapi mereka cukup bertuah kerana mendapat sumbangan duit raya. Duit raya ini telah disumbangkan oleh ibubapa, guru, pelajar dan pihak swasta. Pengetua turut berpesan supaya duit tersebut dibelanjakan untuk tujuan yang baik dan tidak disalahgunakan. Bonda juga turut berpesan supaya pelajar membawa sebalang kuih raya selepas balik dari hari raya nanti.
Dari Meja Panitia Sains
Salam 1 Malaysia,
Makluman kepada para pelajar Tingkatan 3 calon PMR 2009, semasa cuti Hari Raya ini anda dibekalkan dengan kerja cuti terancang berbentuk modul soalan-soalan Sains Kertas 1 & 2 sebanyak 4 set. Luangkan sedikit masa untuk menyiapkan tugasan tersebut kerana anda perlu menghantar modul tersebut pada malam pertama selepas pulang dari bercuti.
Selain daripada itu, para pelajar juga digalakkan untuk melayari laman sesawang Panitia Sains di http://panitiasains.kusess.edu.my/ untuk mendapatkan lebih banyak contoh-contoh soalan Sains. Kami guru-guru Sains mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri semoga para pelajar bergembira bersama keluarga dan jangan lupa perjuangan anda masih belum selesai.......
Ikhlas daripada,
Ketua Panitia Sains dan ahli-ahli panitia.
Rabu, 16 September 2009
PROKED : Google sites
Sesi ini dijalankan oleh En Radin Fuad. Beliau menerangkan apa yang perlu dan yang tidak perlu didalam sesebuah website. Setelah itu sesi hands-on bermula dengan cara untuk login ke kusess apps dan mendaftar di kusess sites. Dalam sesi ini nampaknya guru-guru telah boleh untuk menghasilkan website menggunakan kusess sites di http://sites.kusess.edu.my. Antara guru yang hadir ialah:
- Pn Uyun
- Pn Fatimah
- Pn Muzaimah
- Pn Junaidah
- En Fairol
- Cik Zarina
Selamat Hari Jadi Puan Pengetua.....
Kami seluruh warga Kusess mengucapkan semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah kepada Puan Pengetua, Pn. Hjh. Rossminah binti Yamin yang menyambut hari kelahiran pada 16 September ini. Kami mendoakan agar Puan Pengetua sentiasa sihat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Selamat Hari Jadi......
Isnin, 14 September 2009
Terkini Bengkel 'PROKED'
Sehingga catatan ini ditulis, kebanyakan guru telah berjaya menghasilkan blog masing-masing. Antaranya Pn. Hani Azita, Pn. Fatimah, Pn. Normidza dan ramai lagi. Sungguh bersemangat guru-guru mengisi maklumat ke dalam blog hasil tunjuk ajar Pn. Nurul Uyun. Setakat ini dahulu laporan yang dapat dicatatkan....... Jumpa lagi next time!
Bengkel 'PROKED'
Bengkel 'Proactive Kusess Educators'/PROKED
Tarikh: 14 September 2009
Hari: Isnin
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Bilik Seri Bayu (Lokasi telah dipindahkan ke Makmal Bestari)
Fasilitator:
1) En. Shamsul Nizam bin Hj Kachi Mohideen
2) Pn. Nurul Uyun binti Abdullah
3) En. Radin Fuad bin Radin Baidawi
Semua guru yang telah mendapat surat jemputan diminta hadir pada masa yang telah ditetapkan. Guru-guru lain yang berminat untuk menyertai bengkel ini adalah dialu-alukan.
Tarikh: 14 September 2009
Hari: Isnin
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Bilik Seri Bayu (Lokasi telah dipindahkan ke Makmal Bestari)
Fasilitator:
1) En. Shamsul Nizam bin Hj Kachi Mohideen
2) Pn. Nurul Uyun binti Abdullah
3) En. Radin Fuad bin Radin Baidawi
Semua guru yang telah mendapat surat jemputan diminta hadir pada masa yang telah ditetapkan. Guru-guru lain yang berminat untuk menyertai bengkel ini adalah dialu-alukan.
Semoga Berjaya!
Hari ini para pelajar tingkatan 3 akan menjalani Peperiksaan Percubaan PMR kali ke 2 dari 14 Sept sehingga 17 Sept. Diharapkan semua calon seramai 143 orang pelajar akan menjawab soalan dengan cermat dan tepat serta beroleh keputusan yang diharapkan seperti yang telah dirancang. Mata pelajaran yang diuji pada hari ini 14 Sept ialah Bahasa Melayu 1 & 2 serta Geografi.
Ahad, 13 September 2009
Jumaat, 11 September 2009
Pengumuman penting berkaitan cuti Aidilfitri
Adalah dimaklumkan bahawa pelajar dilarang sama sekali untuk bercuti awal serta pulang lewat dari tarikh cuti Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu mulai 18hb sehingga 27hb September. Pelajar yang gagal mengikuti peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas. Juga diharapkan ibu bapa memberi kerjasama kepada pihak sekolah berkenaan perkara ini.
Khamis, 10 September 2009
Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka puasa
Adalah dengan ini, KUSESS menjemput ibubapa untuk turut sama menghadiri Majlis Khatam alquran dan Berbuka puasa bersama pelajar di dorm. Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia dan PIBG kusess yang menyumbang RM500 dan Rm2500 masing-masing. Majlis akan bermula pada jam 5.00 petang. Ibubapa juga digalakkan membawa juadah berbuka puasa. Walaubagaimanapun hasil dari sumbangan, pihak sekolah telah menyediakan juadah Nasi Ambeng pada majlis tersebut.
Tarikh : 11 September 2009
Hari : Sabtu
Masa : 5.00pm - 9.00pm
Tempat : Asrama Kusess
Tarikh : 11 September 2009
Hari : Sabtu
Masa : 5.00pm - 9.00pm
Tempat : Asrama Kusess
Pengetua Puan Hajah Rossminah juga mengumumkan bahawa bagi ibu bapa yang hadir boleh membawa anak mereka balik bermalam setelah majlis selesai dengan mengisikan borang yang boleh diperolehi dari warden.
Rabu, 9 September 2009
Memohon derma untuk fakir miskin dan anak yatim
Sila rujuk lampiran yang disediakan. Borang untuk menderma boleh dimuatturun di sesawang ini.
Muatturun borang derma
Muatturun borang derma
Ahad, 6 September 2009
Al-Fatihah
Berita yang sangat mengejutkan baru sahaja diterima iaitu anak kepada pasangan Tn Haji Kamarularipin bin Jaafar [PK HEM KUSESS] dan Puan Fatimah bt Muhammad [K Bidang Sains dan Matematik KUSESS] yang berumur 8 tahun diberitakan telah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Pada masa berita ini ditulis, Allahyarhamah masih lagi berada di Hospital Tanjung Karang dan akan dikebumikan pada esok hari. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan pada keluarga Tn Hj takziah diucapkan dan diharap tabah menghadapi ujian Ilahi.
Terima kasih kepada Ust Nordin diatas sms yang dihantar.
Terima kasih kepada Ust Nordin diatas sms yang dihantar.
Sabtu, 5 September 2009
Majlis ceramah Hari Kemerdekaan dan berbuka puasa bersama Pegawai SBP
Lokasi ceramah : Suaru Al-Arif
Lokasi Majlis berbuka puasa: Dewan Makan
Lokasi Majlis berbuka puasa: Dewan Makan
Jumaat, 4 September 2009
Mesyuarat Pengurusan Kewangan Pengetua
Mesyuarat Pengurusan Kewangan diadakan pada 3 September 2009. Mesyuarat bermula pada jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam 11:45 pagi. Mesyuarat melibatkan 18 buah sekolah di sekitar daerah Kuala Selangor dan juga Puncak Alam. Ianya diadakan di bilik Seri Bayu KUSESS.
Khamis, 3 September 2009
Pengubahsuaian tandas kepada koperasi
Pembinaan masih lagi berjalan dengan rancak. Gambar dibawah menunjukkan prosess merobohkan dinding tandas tersebut bagi menjadikannya sebagai koperasi. Lokasi koperasi baru ini sangat strategik iaitu laluan utama menuju ke kantin dan bersebelahan dengan kiosk siber Kusess. Gambar selanjutnya akan diupload dari masa ke semasa sehingga prosess pengubahsuaian ini selesai. Sila klik butang play untuk memainkan slaid show di bawah.
Maklumbalas pelajar berkenaan KusessMail dan sbpexcellent.com
Disini ingin dipaparkan maklumbalas yang diterima dari pelajar tentang penggunaan KusessMail dan sbpexcellent.com. Keseluruhannya maklumbalas kearah yang positif. Terima kasih kepada pelajar yang telah memberikan maklumbalas. Namun masih terdapat pelajar yang masih lagi tidak login ke akaun kusessmail masing-masing. Borang maklumbalas online ini masih lagi dibuka.
Rabu, 2 September 2009
BTP Application & Equation editor added
Mesyuarat FUAT oleh GPB di BTPN Negeri Sembilan
Walaupun mesuyarat ini sangat singkat namun beberapa resolusi telah dicapai. Sistem SPS yang masih dibangunkan memang diakui masih mempunyai pepijat/bugs dan perlu tindakan segera dari pihak Rebound. Kebanyakkan sekolah sepakat untuk meminta Rebound menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu sebelum dijalankan latihan intensif diperingkat sekolah. Antara modul yang masih mempunyai masalah ialah:
- Jadual waktu
- Pengurusan peperiksaan
- Kehadiran
- Lokasi mesyuarat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri [BTPN] Negeri sembilan
- Tarikh : 1-3 september 2009
- Kehadiran : Guru Penyelaras Bestari Negeri Selangor
- Pengerusi: En Azam dari BTP
- Fasilitator : En Nazri dari Rebound
Antara patch yang telah dilakukan oleh rebound ditunjukan seperti dibawah.
SPS 21 Aug Patch List
Selasa, 1 September 2009
Presentation Pengetua ketika Mengerjakan Umrah
Selepas perhimpunan pagi, Puan Hajah Rossminah telah mengadakan persembahan tayangan slide semasa beliau berada di tanah suci. Tayangan ini sedikit sebanyak menambahkan ilmu dan mendedahkan pelajar betapa besarnya kekuasaan Allah. Disamping itu Puan Hajah juga telah bercerita tentang sirah Rasullullah dan pengalaman manis semasa berada di tanah haram.
Langgan:
Catatan (Atom)
