Rabu, 24 Mac 2021

Majlis Bacaan Surah Yasin Alumni

 Majlis Bacaan Surah Yasin


Dijemput kepada semua alumni untuk bersama-sama dalam program majlis bacaan surah Yasin pada Khamis, 25 Mac 2021, bermula jam 8:00 malam di lokasi masing-masing. Sesudah itu, kita akan disajikan dengan tazkirah "Harta Dunia Akhirat" yang akan disampaikan oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad, Kusess '98. 


Program ini akan dihoskan oleh Saudara Zhafran Zainuldin dan akan disiarkan secara langsung melalui Page Kuala Selangor Science School ALUMNI, Group KUALA SELANGOR SCIENCE SCHOOL ALUMNI dan YouTube Boon Hadi Salihin.


Sebar-sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan batch dan kenalan kalian ya. Sama-sama kita mohon keberkatan dari-Nya dalam kesibukan tugasan kita, insyaAllah.


#Kusess25years

Ceramah Ramadhan

Ceramah Ramadan
Tajuk: " Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan: Andai Ini  Ramadan ku Yang  Terakhir"
Personalia:  Ustaz Mohamad Shyazreel bin Mohd Roni
Tarikh: 3/4/2021(Sabtu malam Ahad)
Masa: 8.10 - 9.10

Tempat: Kediaman masing- masing 



 

Isnin, 22 Mac 2021

Pendaftaran Murid Baru Tingkatan 1 Tahun 2021



SELAMAT DATANG KE KUSESS!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah kepada semua murid yang telah mendapat tawaran ke tingkatan 1 tahun 2021 SM Sains Kuala Selangor (KUSESS). Makluman ini khusus untuk ibubapa/penjaga murid yang telah menerima tawaran ini. Mohon tuan/puan untuk masuk ke link Telegram Kumpulan yang diberikan di bawah:

https://t.me/t1kusess2021


Link tersebut ialah Group Telegram merupakan saluran rasmi KUSESS untuk tujuan pemakluman dan info terkini daripada pihak sekolah. Mohon ibu/bapa/penjaga yang mendapat tawaran sahaja dibenarkan menyertai group ini.


Terima kasih atas kerjasama

--

Pengetua